Tuesday, 25 October 2016

Takziah : Tragedi Hospital Sultanah Aminah,Johor Bharu

video

Hari ini kita digemparkan dengan tragedi Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bharu. Kejadian itu mengorbankan nyawa pesakit dan kakitangan Hospital. Tiada siapa yang meminta atau menduga apatah lagi mendoakan tragedi ini terjadi. Marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.

Pihak berkuasa telah berusaha sedaya upaya untuk menyelematkan keadaan namun kita tidak mampu mengatasi takdir dari Yang Maha Esa. Di harap setiap orang tidak mengambil kesempatan menyebarkan fitnah dan menuding menyalahkan mana-mana pihak. Biarlah pihak berkuasa membuat penyiasatan dan kesimpulan untuk keadilan semua.

Takziah kepada keluarga mangsa.

Sunday, 16 October 2016

Othman Wok dan Rakyat Malaysia

Sejarah tak pernah menipu. Dan sejarah untuk di kenang dan di jadikan pengajaran untuk masa depan. Tetapi tidak juga mustahil sejarah mungkin akan berulang sekiranya sejarah itu hanya di dinding muzium atau di cetak di atas kertas tanpa ada pengertian. OTHMAN WOK, Nama besar kejatuhan kuasa orang melayu dan Kesultanan di Singapura satu ketika dulu dan orang penting di dalam episod pengkhianatan Kepada Bangsa Melayu, satu sejarah yang pernah terukir, dan kini akan berulang kembali apabila OTHMAN WOK VERSI MODEN muncul berkali ganda di Malaysia. Ramai OTHMAN WOK di dalam BERSIH terutamanya DAP. Hishamudin Rais,Rara,Diana Sofya,Zairil Khir Johari,Siti Kasim dan ramai lagi adalah jelmaan Othman Wok. Tidak mustahil sekiranya satu hari nanti, sejarah melayu lenyap di bumi Malaysia akan terjadi dan dalang-dalangnya adalah mereka-mereka ini. Tiada lagi air mata atau darah yang mampu ditumpahkan untuk menebus semula maruah dan tanah air.

https://rmf7.wordpress.com/2016/10/16/ini-lah-muka-pengkhianat-bangsa-melayu-di-singapura-kini-jelmaannya-banyak-dalam-pakatan/

Saturday, 15 October 2016

Piala Agong 2016 Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia : Siaran Langsung di Pages Facebook Persatuan Bolasepak Melayu Perak

Saksikan sepak mula Perlawanan Bola Sepak Piala Agong Edisi 2016 diantara Pasukan Negeri Sembilan menentang Pasukan Perak dari Stadium Tuanku Abdul Rahman,Paroi,Seremban,Negeri Sembilan Darul Khusus jam 8.45 malam di Pages Facebook Persatuan Bolasepak Melayu Perak.

Piala Agong Edisi 2016 : Negeri Sembilan vs Perak

Hari ini, 15hb Oktober 2016 akan berlangsung Perlawanan Bola Sepak Piala Agong, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Edisi 2016 di antara Pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Sembilan menentang Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Perak di Stadium Paroi, Negeri Sembilan. Sepak mula jam 8.45 malam. Pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Sembilan merupakan Johan Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja Edisi 2015 manakala Pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Perak penyandang Juara Piala Agong Edisi 2015.

Pasukan Perak yang bertandang ke Stadium Paroi pasti akan berusaha habis-habisan untuk muncul juara seterusnya melakarkan rekod Memenangi Piala Agong buat kali keempat berturut-turut menyamai rekod Singapura yang sebelum ini muncul juara Piala Agong sebanyak 4 Kali berturut-turut manakala pasukan tuan rumah Negeri Sembilan akan menahan asakan Pasukan Perak dan memastikan kemenangan untuk mengumpul koleksi kejuaraan selepas muncul Juara Piala Emas Raja-Raja edisi lepas. Selain itu, Pasukan Negeri Sembilan yang belum pernah memenangi Kejuaraan Piala Agong pastinya ingin melakarkan kemenangan apatah lagi bermain di laman sendiri dan mendapat sokongan penyokong tempatan.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan kesebelasan pemain terbaik mereka dengan campuran pemain pengalaman dan pemain muda. Perlawanan malam ini pastinya sengit dan penuh debaran. Semoga berjaya kepada pasukan yang bertanding.

Friday, 14 October 2016

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah sebagai Timbalan Yang Di Pertuan Agong Ke 15

Kami seluruh Rakyat Jelata Negeri Perak Darul Ridzuan merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Perak Darul Rizuan dan Seluruh Jajahan Takluknya, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang telah di lantik menjadi Timbalan Yang Di Pertuan Agong ke 15 bagi penggal 2016-202.

Kami seluruh rakyat jelata mendoakan semoga Allah SWT memberkati pemerintahan DYMM Tuanku.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Wednesday, 12 October 2016

Antara Kuning dan Merah vs Pengundi Muda

Kecoh kisah Si Baju Merah Terajang Si Baju Kuning. Macam-macam reaksi ditunjukkan. Ada yang menyokong,ada yang mengutuk. Ramai yang mengutuk pun ada. Yang lepas tangan pun ramai jugak. Yang menuduh usah dikira la,lagi bersepah.Ironinya, Si Baju Kuning sibuk nak kan Sistem yang lebih Bersih dengan cara buat demo manakala Si Baju Merah tak nak bagi Si Baju Kuning buat Demo. Tapi kedua-duanya buat bende yang dia orang tak suka orang lain buat. Si Baju Kuning nak kan sistem yang bersih tapi diaorang dukung Orang yang korup,manakala Si Baju Merah nak menghalang Demo dengan cara BerDemo. Kata orang tua-tua, Cerdik Tak Boleh Di Ikut, Bodoh Tak Boleh Di Ajar.

Antara paling menarik ialah, sifat Orang Melayu atau Gelaran Universitas nya Bumiputera ialah nakkan keputusan cepat. Sebab tu Orang Bumiputera ni yang paling ramai mudah kene tipu dengan MLM. Nak cepat Kaya. Sama jugak dalam politik. Berbeza dengan Orang yang di Gelar Sepet,mereka sabar. Mereka merancang. Tak mustahil,dalam tempoh 10 ke 20 tahun lagi, pentadbiran Negara bertukar servis kepada bukan Peribumi. Silap-silap takder dah Malaysia Negara Beraja. Nak tahu kenapa, Cuba rajin-rajin google bilangan pengundi Melayu dan bukan melayu yang baru daftar.

Mana ada nampak Si Sepet turun secara berjemaah atas jalan raya nak tukar kerajaan. Mereka secara berjemaah daftar diri sebagai pengundi yang sah. Sebab mereka belum cukup bodoh nak percaya jalanan bisa menumbangkan Pemimpin. Bukan macam Peribumi, bersekolah tinggi tapi tak bijak. Apabila Si Sepet merancang,yang melaksanakan rancangan Si Sepet ialah Si Bangang. Yang jadi mangsa Si Biol. Bila bertukar servis, Si Bangang alan terus Bangang manakala Si Biol akan terus Biol. Akhirnya Luncai terjunlah dengan Labu-Labunya.

Si Sepet pun dengan gembira bertepuk tangan. Sebab dah takder Si Bijak lagi melainkan mereka. Maka tamatlah Riwayat Peribumi, melukut lah di tepian Gantang.

*Merepek itu kerja aku. Tapi aku merepek sebab aku rimas dengan Kebangangan Peribumi yang berhati lembu......

2.19 pagi
12 Oktober 2016
Tepi Padang Rumput