Sunday 21 May 2017

Parti Bunga Bakal Karam??

Apabila kepentingan peribadi dan nafsu diletakkan paling atas,maka sedikit demi sedikit perkara-perkara dangkal akan terlihat. Selalunya akan terjadi perkara ini dalam politik. Sebagai contoh,Penubuhan Parti Baru politik Malaysia iaitu Parti Peribumi Bersatu Malaysia yang kononnya di canang sebagai Parti Pembela Rakyat semakin goyah. Penubuhan Parti itu yang di anggotai pemimpin pemimpin besar di Dalam UMNO satu ketika dulu kini semakin di landa badai. Penubuhan parti berasaskan penipuan dan khianat akhirnya tidak mampu bertahan lama,Sudah pasti.

Kenapa penipu?? Kenapa khianat?? Kerana hampir sebilangan besar mereka adalah orang yang kecewa apabila keinginan dan kehendak tidak dipenuhi. Kecewa apabila jawatan atau kuasa semakin terhakis maka dengan gegak gempita nya mereka menuduh UMNO itu kotor dan jahat. Mereka menipu untuk mengekalkan kuasa mereka, mereka mengkhianati kepercayaan rakyat dan percayalah, akhirnya nanti mereka-mereka ini akan hidup di dalam cemuhan dan hinaan. 

Kenapa nanti?? Kerana kapal yang di layarkan dengan penipuan,pengkhianatan,fitnah dan tamak pasti akan karam. Dan tanda-tanda karamnya kapal itu telah mula kelihatan.


Malang bagi mereka yang sebelum ini tamak dan kecewa. Terdamparlah mereka kelemasan di dalam lautan nafsu mereka sendiri.

Tuesday 16 May 2017

DANA Perniagaan : Tiada Dana atau Geran Dari UMNO

UMNO tidak tawar geran atau dana usahawan

UMNO tidak pernah menawarkan geran atau dana usahawan kepada peniaga kecil dan usahawan baharu.

Parti itu juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak tertentu sebagai ejen dana/ geran yang kononnya menjanjikan pulangan berganda dalam tempoh tertentu.

Pihak terbabit menjalankan modus operandi dengan mendakwa kononnya UMNO  menawarkan dana/geran RM2 juta kepada syarikat SDN BHD dan RM400,000 kepada syarikat Enterprise.

Peniaga kecil atau usahawan baharu bagaimanapun perlu membayar sejumlah wang tertentu sebelum mendapat geran/dana terbabit.

Sehubungan itu, UMNO menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan merujuk kepada Ibu Pejabat parti jika didatangi individu atau kumpulan tertentu yang menawarkan geran/dana atas nama UMNO.

#Negaraku #Barisanprorakyat

Friday 12 May 2017

BN : Kata Dikota Janji Dilaksana

Satu juta rakyat bakal miliki rumah sendiri. 

Sebanyak 723,000 unit Rumah Mampu Milik sedang dibina di seluruh negara bagi mencapai sasaran sejuta unit pada 2018.

Projek ini adalah agenda utama pembangunan kerajaan BN yang bertujuan supaya setiap rakyat memiliki rumah sendiri yang selesa dan berkualiti terutama golongan berpendapatan rendah.

#Negaraku #Barisanprorakyat

Wednesday 10 May 2017

Hannah Yeoh : Hipokrasi atau ???

Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP

Speaker Selangor/ ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh akui gunakan kedudukan politiknya untuk berdakwah mengenai Kristian.

Dalam bukunya bertajuk "Becoming Hannah", dia menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut dan penganut agama Kristian untuk mengikut  jejak langkahnya menceburkan diri dalam politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.

Pengarah, Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, pengakuan terbuka Hannah itu menunjukkan prinsip sekularisme dalam perjuangan politik DAP adalah hipokrasi semata-mata. 

Katanya,  laungan DAP kononnya urusan politik perlu dipisahkan daripada urusan agama hanya untuk Islam tetapi tidak mengapa jika melibatkan Kristian.

DAP menentang perjuangan politik PAS dan UMNO yang berlandaskan Islam. Jelaslah, DAP sememangnya anti Islam dan anti Melayu.

#pakatanproDAP #DAPantiIslam

Petikan daripada Malaysia4All

6 KERAGUAN MENGENAI DANA INVOKE oleh Y.B RAFIZI

6 KERAGUAN MENGENAI DANA INVOKE

Rafizi akhirnya terpaksa mendedahkan butiran pendapatan dan perbelanjaan INVOKE serta Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), namun WUJUD 6 KERAGUAN yang membuatkan Rafizi dilihat sebagai berbohong dan membentangkan butiran palsu.

I) Bukti transaksi pengeluaran ASB dan Tabung Haji untuk kegunaan dana INVOKE.

Pada 10 Mei 2015, Rafizi menyatakan ada simpanannya berjumlah RM212,000 dalam ASB dan RM464,372 di Tabung Haji. Jumlah keduanya sebanyak RM676,372. Pada 13 September 2016 pula, Rafizi menyatakan beliau melaburkan sebanyak RM300,000 untuk INVOKE.

Dalam kenyataan 5 Mei 2017, Rafizi menyatakan beliau memberi sumbangan sejumlah RM787,049 untuk INVOKE guna duit Tabung Haji dan ASB. Bermakna ada tambahan lagi RM487,049 berbanding kenyataan awal pada September 2016. Ini bermakna Rafizi telah keluarkan hampir semua wangnya dalam Tabung Haji dan ASB. Kenyataan Rafizi ini adalah andaian sahaja tanpa resit pengeluaran ASB dan Tabung Haji sebagai bukti.

II) Jumlah kutipan dan penyumbang dana.

Rafizi mengandaikan sejumlah RM857,369 berjaya dikutip menerusi pelbagai majlis kutipan dana. Jumlah ini agak besar dan tidak diperincikan dengan jelas berapakah majlis dan siapakah yang menyumbang dana.

III) Gaji staf yang rendah.

Gaji kakitangan untuk 80 orang adalah berjumlah RM888,487, secara purata RM11,106 setiap orang. INVOKE beroperasi sejak Ogos 2016 dan sehingga Mei 2017 sudah masuk bulan ke-10 ia berjaya beroperasi. RM11,106 dibahagikan 10 bulan adalah RM1,110.60 seorang. Jumlah perbelanjaan gaji ini amat tidak munasabah.

IV) Jumlah aliran wang masuk ke pejabat, bilangan staf dan kadar sewa pejabat.

Rafizi menyebut INVOKE ada 17 pejabat. Aliran wang masuk ke setiap pejabat, siapa di setiap pejabat, jumlah pekerja dan berapakah sewa bulanan pejabat pun tidak diperincikan oleh Rafizi sendiri.

Katakanlah RM44,654 untuk 17 pejabat selama 10 bulan INVOKE beroperasi. Ini bermakna kos sewa satu pejabat sebulan ialah RM262 sahaja. Ini jumlah amat tidak logik. Ternyata anggaran Rafizi ini hanya serkap jarang.

V) Mengakui dirinya sebagai penjawat awam.

Rafizi bukanlah seorang penjawat awam. Mengikut tafsiran Bahagian X Perlembagaan Persekutuan, Perkara 132 hingga Perkara 148. Perkara 132 (3) tidak mengkategorikan seorang ahli Dewan Rakyat sebagai penjawat awam.

VI) Kebenaran mengutip wang dari orang awam.

Adakah Rafizi, INVOKE dan NOW telah diberikan kebenaran oleh Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa lain seperti Kementerian Dalam Negeri untuk mengutip wang dari orang ramai? Adakah Rafizi telah menerima kelulusan mengutip derma di bawah Akta Pengawalan Pengutipan Derma? Jika ada, di mana permit kebenarannya?