Thursday, 29 March 2018
Kisah Sood dan Atuk
Monday, 18 December 2017
#PRU14 : Siapa Kerajaan??
Apabila berkenaan kerajaan,umum akan terus menyebut Parti Politik Yang Menang Pilihanraya adalah kerajaan. Betul atau tidak? Maksud kerajaan ialah pentadbir yang mengurus tadbir perjalanan sesebuah negara atau negeri samada dari urusan pentadbiran,kewangan,pendapatan,pembangunan dan lain-lain lagi. Di Malaysia, kerajaan ialah kelompok Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Rakyat yang mempunyai majoriti sokongan. Mereka ini berada di dalam Blok Kerajaan manakala Ahli Parlimen yang tidak menyokong di panggil Pembangkang dan berada di Blok Pembangkang. Perdana Menteri dilantik di kalangan Ahli Blok Kerajaan dan kebiasaannya yang dilantik itu adalah Ketua kepada blok Kerajaan. Perdana Menteri kemudian melantik Timbalan Perdana Menteri,Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-TimbalanMenteri dan Setiausaha Parlimen. Mereka ini adalah dari kelompok Ahli-Ahli Politik yang menjadi Ahli Parlimen.
Kerajaan sebenarnya bukan 100% Parti Politik. Kerajaan sesebuah negara terbahagi kepada 2, PEMBUAT DASAR dan PELAKSANA DASAR. Siapa Pembuat Dasar dan siapa Pelaksana Dasar. Kita perlu memahami kelompok ini sebelum membuat keputusan atau rumusan berkenaan Kerajaan.
PEMBUAT DASAR
Pembuat dasar ialah kepimpinan tertinggi kerajaan yang terdiri daripada Peringkat Pengurusan atau Eksekutif (Menteri,Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah).
PELAKSANA DASAR
Pelaksana dasar pula ialah kakitangan kerajaan yang terdiri daripada Kumpulan Sokongan (Pegawai Kerajaan yang berkhidmat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).
Pembuat Dasar boleh bertukar selepas Pilihanraya mengikut Parti Politik Mana yang menjadi Blok Kerajaan di dalam Dewan Rakyat di Parlimen. Manakala Pelaksana Dasar tidak akan bertukar walau parti mana menjadi Kerajaan. Sekiranya rakyat menyatakan Kerajaan yang sedia ada menyukatkan kehidupan rakyat, mereka perlu mengambil kira di bahagian mana yang menyukarkan mereka. Pembuat Dasar atau Pelaksana Dasar.
Sebagai contoh, Kerajaan Malaysia sekarang melalui Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak mewujudkan UTC (Urban Transformation Centre) dengan meletakkan semua Pejabat Kerajaan termasuk Agensi di Bawah satu bumbung dan perkhidmatan termasuk Hari Sabtu Dan Ahad, adakah Dasar ini baik? Memudahkan Rakyat berurusan dan memberi fleksibiliti kepada Rakyat dalam berurusan dengan Jabatan Kerajaan yang mana sebelum ini Pejabat kerajaan hanya beroperasi 5 hari seminggu. Tetapi ada diantara kakitangan kerajaan seperti memboikot dengan tidak mahu bekerja dan mengakibatkan beberapa jabatan dan agensi kekurangan kakitangan sehingga mendatangkan kemarahan rakyat. Adakah Pembuat dasar yang tidak bagus atau pelaksana dasar yang tidak amanah? Pembuat dasar atau pelaksana dasar yang perlu disalahkan?
Rakyat yang terpedaya dengan slogan "Tukar Kerajaan" sebaiknya melihat semula siapa sebenarnya harus di tukar? Pembuat dasar atau pelaksana dasar? Adakah dengan menukar parti memerintah dapat menyelesaikan semua masalah? Atau dengan mendisplinkan kakitangan awam berupaya untuk memberi kemudahan kepada rakyat?
Siapa kerajaan? PEMBUAT DASAR atau PELAKSANA DASAR?
Tepuk kepala tanya akal...
Jadilah Pengundi Bijak
Sunday, 10 December 2017
#PRU 14 : Antara Popular dan Kerja Kuat Part 2
Sejak minggu lepas, isu paling hangat ialah berkenaan dengan Pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai pengiktirafan Jerusalem sebagai Ibu Negara Israel. Pelbagai reaksi yang sememangnya negatif mengenai perkara tersebut. Dan sudah pastinya pelbagai pihak terutama Parti Politik mengambil kesempatan ke atas isu ini. UMNO melalui Presiden Parti, Dato' Seri Najib Tun Razak semasa ucapan dasar menyatakan pendirian UMNO serta Kerajaan Malaysia yang diterajui Oleh Barisan Nasional yang menolak sekeras-kerasnya pengiktirafan tersebut dan keesokannya dizahirkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh YB Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin bersama ribuan ahli UMNO dan NGO yang turun ke Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyatakan bantahan kepada pengumuman Presiden Amerika Syarikat. PAS juga tidak ketinggalan sementelah PAS juga konsisten ke atas isu Palestin. Manakala PKR,PBPM Dan PAN dilihat cuba mencari rentak mengikut gelombang namun ketinggalan apabila kehadiran tidak seramai kelompok UMNO dan PAS.
Selepas penyerahan memorandum, seperti yang dijangka troopers pembangkang mula memainkan isu Palestin dengan menjadikan isu ini peluru kepada fitnah-fitnah untuk memburukkan Dato' Seri Najib terutamanya dan UMNO secara am. Video perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Presiden Donald Trump semasa lawatan ke Amerika Syarikat sengaja di edit utk menunjukkan yang Kerajaan Malaysia seolah-olah merestui perbuatan Presiden Trump. Ayat yang di sunting berbunyi "...Musuh Amerika Syarikat adalah Juga Musuh Kepada Malaysia...." Sedangkan ayat penuh YAB Perdana Menteri pada waktu itu ialah " Bagi memerangi Pengganas dan pelampau agama, Malaysia menyatakan sokongan kepada Amerika Syarikat untuk membanteras gejala Pelampau dan ekstremis Pengganas. Maka, musuh Amerika Syarikat juga adalah Musuh kepada Malaysia...". Penyataan YAB Pedana Menteri langsung tidak menunjukkan bahawa Malaysia merestui Sokongan Amerika Syarikat kepada Israel. Malaysia konsisten menyokong penuh Palestin dan menolak Kewujudan Israel sebagai sebuah Negara. Sudah dijangka, pembangkang pasti akan menangguk di air keruh untuk mencari publisiti dan mengelak dari terdedahnya masalah mereka. Di Selangor, tangkapan anak saudara YAB Menteri Besar Selangor cuba untuk dipadamkan dari menjadi bualan. Di Pulau Pinang, kegagalan Pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang kepada masalah pembangunan lereng bukit sehingga banjir besar berlaku cuba di alihkan.
Kerana itu, kebanyakan tindakan kerajaan atau dasar yang cuba dibawa untuk kemakmuran dan keupaayan menghadapi krisis ekonomi cuba digagalkan dengan menonjolkan perkara tersebut sebagai buruk dan pembangkang cuba sedaya upaya untuk menjadikan tindakan mereka seperti wira kepada rakyat Malaysia. Tindakan mereka sekadar mencari populariti dan lebih gemar menuding kesalahan kepada pihak lain berbanding cuba mencari penyelesaian kepada masalah yang di cipta oleh mereka sendiri.
Umum mengetahui, Pihak kerajaan dan juga wakil rakyat Barisan Naisional adalah mereka yang pertama sampai memberikan bantuan sekiranya terdapat musibah. Saban tahun, UMNO dan Barisan Nasional sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka asalkan mereka perlu dibantu. Fitnah dan tohmahan yang sering dilemparkan hanya sebagai koametik untuk menutup kesalahan atau kesilapan yang berlaku di bawah pentadbiran Pembangkang.
Justeru itu, untuk Pilihanraya Umum ke 14, janganlah sesekali kita tersilap membuat percaturan dengan memilih mereka yang sukakan Populariti berbanding mereka yang mampu memikul Amanah dan mandat rakyat. Membaca situasi dan keupayaan kedua-dua pihak tanpa ada sikap prejudis kepada mana-mana pihak mampu memberikan kita petunjuk siapa yang lebih baik.
Saturday, 9 December 2017
#PRU14 : Antara Popular dan Kerja Kuat Part 1
Sunday, 21 May 2017
Parti Bunga Bakal Karam??
Saturday, 20 May 2017
Tuesday, 16 May 2017
DANA Perniagaan : Tiada Dana atau Geran Dari UMNO
UMNO tidak pernah menawarkan geran atau dana usahawan kepada peniaga kecil dan usahawan baharu.
Parti itu juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak tertentu sebagai ejen dana/ geran yang kononnya menjanjikan pulangan berganda dalam tempoh tertentu.
Pihak terbabit menjalankan modus operandi dengan mendakwa kononnya UMNO menawarkan dana/geran RM2 juta kepada syarikat SDN BHD dan RM400,000 kepada syarikat Enterprise.
Peniaga kecil atau usahawan baharu bagaimanapun perlu membayar sejumlah wang tertentu sebelum mendapat geran/dana terbabit.
Sehubungan itu, UMNO menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan merujuk kepada Ibu Pejabat parti jika didatangi individu atau kumpulan tertentu yang menawarkan geran/dana atas nama UMNO.
#Negaraku #Barisanprorakyat
Friday, 12 May 2017
BN : Kata Dikota Janji Dilaksana
Wednesday, 10 May 2017
Hannah Yeoh : Hipokrasi atau ???
Speaker Selangor/ ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh akui gunakan kedudukan politiknya untuk berdakwah mengenai Kristian.
Dalam bukunya bertajuk "Becoming Hannah", dia menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut dan penganut agama Kristian untuk mengikut jejak langkahnya menceburkan diri dalam politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.
Pengarah, Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, pengakuan terbuka Hannah itu menunjukkan prinsip sekularisme dalam perjuangan politik DAP adalah hipokrasi semata-mata.
Katanya, laungan DAP kononnya urusan politik perlu dipisahkan daripada urusan agama hanya untuk Islam tetapi tidak mengapa jika melibatkan Kristian.
DAP menentang perjuangan politik PAS dan UMNO yang berlandaskan Islam. Jelaslah, DAP sememangnya anti Islam dan anti Melayu.
#pakatanproDAP #DAPantiIslam
6 KERAGUAN MENGENAI DANA INVOKE oleh Y.B RAFIZI
Rafizi akhirnya terpaksa mendedahkan butiran pendapatan dan perbelanjaan INVOKE serta Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), namun WUJUD 6 KERAGUAN yang membuatkan Rafizi dilihat sebagai berbohong dan membentangkan butiran palsu.
I) Bukti transaksi pengeluaran ASB dan Tabung Haji untuk kegunaan dana INVOKE.
Pada 10 Mei 2015, Rafizi menyatakan ada simpanannya berjumlah RM212,000 dalam ASB dan RM464,372 di Tabung Haji. Jumlah keduanya sebanyak RM676,372. Pada 13 September 2016 pula, Rafizi menyatakan beliau melaburkan sebanyak RM300,000 untuk INVOKE.
Dalam kenyataan 5 Mei 2017, Rafizi menyatakan beliau memberi sumbangan sejumlah RM787,049 untuk INVOKE guna duit Tabung Haji dan ASB. Bermakna ada tambahan lagi RM487,049 berbanding kenyataan awal pada September 2016. Ini bermakna Rafizi telah keluarkan hampir semua wangnya dalam Tabung Haji dan ASB. Kenyataan Rafizi ini adalah andaian sahaja tanpa resit pengeluaran ASB dan Tabung Haji sebagai bukti.
II) Jumlah kutipan dan penyumbang dana.
Rafizi mengandaikan sejumlah RM857,369 berjaya dikutip menerusi pelbagai majlis kutipan dana. Jumlah ini agak besar dan tidak diperincikan dengan jelas berapakah majlis dan siapakah yang menyumbang dana.
III) Gaji staf yang rendah.
Gaji kakitangan untuk 80 orang adalah berjumlah RM888,487, secara purata RM11,106 setiap orang. INVOKE beroperasi sejak Ogos 2016 dan sehingga Mei 2017 sudah masuk bulan ke-10 ia berjaya beroperasi. RM11,106 dibahagikan 10 bulan adalah RM1,110.60 seorang. Jumlah perbelanjaan gaji ini amat tidak munasabah.
IV) Jumlah aliran wang masuk ke pejabat, bilangan staf dan kadar sewa pejabat.
Rafizi menyebut INVOKE ada 17 pejabat. Aliran wang masuk ke setiap pejabat, siapa di setiap pejabat, jumlah pekerja dan berapakah sewa bulanan pejabat pun tidak diperincikan oleh Rafizi sendiri.
Katakanlah RM44,654 untuk 17 pejabat selama 10 bulan INVOKE beroperasi. Ini bermakna kos sewa satu pejabat sebulan ialah RM262 sahaja. Ini jumlah amat tidak logik. Ternyata anggaran Rafizi ini hanya serkap jarang.
V) Mengakui dirinya sebagai penjawat awam.
Rafizi bukanlah seorang penjawat awam. Mengikut tafsiran Bahagian X Perlembagaan Persekutuan, Perkara 132 hingga Perkara 148. Perkara 132 (3) tidak mengkategorikan seorang ahli Dewan Rakyat sebagai penjawat awam.
VI) Kebenaran mengutip wang dari orang awam.
Adakah Rafizi, INVOKE dan NOW telah diberikan kebenaran oleh Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa lain seperti Kementerian Dalam Negeri untuk mengutip wang dari orang ramai? Adakah Rafizi telah menerima kelulusan mengutip derma di bawah Akta Pengawalan Pengutipan Derma? Jika ada, di mana permit kebenarannya?
Tuesday, 20 December 2016
#NajibRazak : Man behind Dirt
Saturday, 3 December 2016
#FIFAAwards : PUSKAS AWARD - Faiz Subri dari Malaysia
Semoga kejayaan bersama Mohd Faiz Subri.
Wednesday, 16 November 2016
#Bersih5 : Kuning VS Merah
Menariknya tentang Bersih 5 yang juga dikenali sebagai Baju Kuning, Demonstrasi ini di lakukan bagi menuntut Pilihanraya yang lebih adil dan telus. Tetapi dalam masa yang sama, mereka juga berada di dalam sistem pilihanraya yang mereka gelar sebagai kotor dan tidak mendokong prinsip demokrasi. Banyak juga kerusi Pilihanraya Umum yang lalu yang telah dimenangi dengan majoriti amat besar seperti Di Siputeh, Gelang Patah, Ipoh Timor dan beberapa tempat lagi. Jika benar dakwaan mereka tentang sistem yang tidak telus, peliknya macam mana mereka menang besar?? Adakah mereka juga menggunakan Modus Operandi yang sama..?? Kalau BN di tuduh membawa masuk Bangla, bagaimana pula kemasukan China Doll yang memenuhi Rumah-rumah Urut di sekitar kawasan-kawasan bandar..?
Baju Merah pula yang nak turun berdemo sama kerana nak menghalang Bersih ibarat mengata dulang paku serpih. Namun jika dilihat daripada sudut demokrasi, jika Baju Kuning menuntut hak mereka berhimpun, Baju merah juga perlu di berikan hak yang sama. Tidak perlu ada Double Standard di dalam isu ini. jika ingin mengelakkan keadaan tidak tenteram, kedua-dua pihak harus di halang dari melakukan perhimpunan mereka. Mudah.
Jadi, pihak PDRM seharusnya melakukan tugas hakiki mereka iaitu menjag ketenteraman awam dan kedua-dua pihak Kuning dan Merah harus menghormati Undang-undang yang telah kita gunapakai semenjak dahulu lagi.
semoga berjaya kepada PDRM, Merah dan Kuning.
Saturday, 5 November 2016
Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2016 Persatun Bolasepak Melayu Malaysia : PBSM Perak vs Penjara FC
Tuesday, 25 October 2016
Takziah : Tragedi Hospital Sultanah Aminah,Johor Bharu
Hari ini kita digemparkan dengan tragedi Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bharu. Kejadian itu mengorbankan nyawa pesakit dan kakitangan Hospital. Tiada siapa yang meminta atau menduga apatah lagi mendoakan tragedi ini terjadi. Marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.
Pihak berkuasa telah berusaha sedaya upaya untuk menyelematkan keadaan namun kita tidak mampu mengatasi takdir dari Yang Maha Esa. Di harap setiap orang tidak mengambil kesempatan menyebarkan fitnah dan menuding menyalahkan mana-mana pihak. Biarlah pihak berkuasa membuat penyiasatan dan kesimpulan untuk keadilan semua.
Takziah kepada keluarga mangsa.
Sunday, 16 October 2016
Othman Wok dan Rakyat Malaysia
Sejarah tak pernah menipu. Dan sejarah untuk di kenang dan di jadikan pengajaran untuk masa depan. Tetapi tidak juga mustahil sejarah mungkin akan berulang sekiranya sejarah itu hanya di dinding muzium atau di cetak di atas kertas tanpa ada pengertian. OTHMAN WOK, Nama besar kejatuhan kuasa orang melayu dan Kesultanan di Singapura satu ketika dulu dan orang penting di dalam episod pengkhianatan Kepada Bangsa Melayu, satu sejarah yang pernah terukir, dan kini akan berulang kembali apabila OTHMAN WOK VERSI MODEN muncul berkali ganda di Malaysia. Ramai OTHMAN WOK di dalam BERSIH terutamanya DAP. Hishamudin Rais,Rara,Diana Sofya,Zairil Khir Johari,Siti Kasim dan ramai lagi adalah jelmaan Othman Wok. Tidak mustahil sekiranya satu hari nanti, sejarah melayu lenyap di bumi Malaysia akan terjadi dan dalang-dalangnya adalah mereka-mereka ini. Tiada lagi air mata atau darah yang mampu ditumpahkan untuk menebus semula maruah dan tanah air.
Saturday, 15 October 2016
Piala Agong 2016 Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia : Siaran Langsung di Pages Facebook Persatuan Bolasepak Melayu Perak
Saksikan sepak mula Perlawanan Bola Sepak Piala Agong Edisi 2016 diantara Pasukan Negeri Sembilan menentang Pasukan Perak dari Stadium Tuanku Abdul Rahman,Paroi,Seremban,Negeri Sembilan Darul Khusus jam 8.45 malam di Pages Facebook Persatuan Bolasepak Melayu Perak.
Piala Agong Edisi 2016 : Negeri Sembilan vs Perak
Hari ini, 15hb Oktober 2016 akan berlangsung Perlawanan Bola Sepak Piala Agong, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Edisi 2016 di antara Pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Sembilan menentang Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Perak di Stadium Paroi, Negeri Sembilan. Sepak mula jam 8.45 malam. Pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Sembilan merupakan Johan Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja Edisi 2015 manakala Pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Perak penyandang Juara Piala Agong Edisi 2015.
Pasukan Perak yang bertandang ke Stadium Paroi pasti akan berusaha habis-habisan untuk muncul juara seterusnya melakarkan rekod Memenangi Piala Agong buat kali keempat berturut-turut menyamai rekod Singapura yang sebelum ini muncul juara Piala Agong sebanyak 4 Kali berturut-turut manakala pasukan tuan rumah Negeri Sembilan akan menahan asakan Pasukan Perak dan memastikan kemenangan untuk mengumpul koleksi kejuaraan selepas muncul Juara Piala Emas Raja-Raja edisi lepas. Selain itu, Pasukan Negeri Sembilan yang belum pernah memenangi Kejuaraan Piala Agong pastinya ingin melakarkan kemenangan apatah lagi bermain di laman sendiri dan mendapat sokongan penyokong tempatan.
Kedua-dua pasukan menurunkan barisan kesebelasan pemain terbaik mereka dengan campuran pemain pengalaman dan pemain muda. Perlawanan malam ini pastinya sengit dan penuh debaran. Semoga berjaya kepada pasukan yang bertanding.
Friday, 14 October 2016
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah sebagai Timbalan Yang Di Pertuan Agong Ke 15
Kami seluruh Rakyat Jelata Negeri Perak Darul Ridzuan merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Perak Darul Rizuan dan Seluruh Jajahan Takluknya, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang telah di lantik menjadi Timbalan Yang Di Pertuan Agong ke 15 bagi penggal 2016-202.
Kami seluruh rakyat jelata mendoakan semoga Allah SWT memberkati pemerintahan DYMM Tuanku.
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Wednesday, 12 October 2016
Antara Kuning dan Merah vs Pengundi Muda
Kecoh kisah Si Baju Merah Terajang Si Baju Kuning. Macam-macam reaksi ditunjukkan. Ada yang menyokong,ada yang mengutuk. Ramai yang mengutuk pun ada. Yang lepas tangan pun ramai jugak. Yang menuduh usah dikira la,lagi bersepah.Ironinya, Si Baju Kuning sibuk nak kan Sistem yang lebih Bersih dengan cara buat demo manakala Si Baju Merah tak nak bagi Si Baju Kuning buat Demo. Tapi kedua-duanya buat bende yang dia orang tak suka orang lain buat. Si Baju Kuning nak kan sistem yang bersih tapi diaorang dukung Orang yang korup,manakala Si Baju Merah nak menghalang Demo dengan cara BerDemo. Kata orang tua-tua, Cerdik Tak Boleh Di Ikut, Bodoh Tak Boleh Di Ajar.
Antara paling menarik ialah, sifat Orang Melayu atau Gelaran Universitas nya Bumiputera ialah nakkan keputusan cepat. Sebab tu Orang Bumiputera ni yang paling ramai mudah kene tipu dengan MLM. Nak cepat Kaya. Sama jugak dalam politik. Berbeza dengan Orang yang di Gelar Sepet,mereka sabar. Mereka merancang. Tak mustahil,dalam tempoh 10 ke 20 tahun lagi, pentadbiran Negara bertukar servis kepada bukan Peribumi. Silap-silap takder dah Malaysia Negara Beraja. Nak tahu kenapa, Cuba rajin-rajin google bilangan pengundi Melayu dan bukan melayu yang baru daftar.
Mana ada nampak Si Sepet turun secara berjemaah atas jalan raya nak tukar kerajaan. Mereka secara berjemaah daftar diri sebagai pengundi yang sah. Sebab mereka belum cukup bodoh nak percaya jalanan bisa menumbangkan Pemimpin. Bukan macam Peribumi, bersekolah tinggi tapi tak bijak. Apabila Si Sepet merancang,yang melaksanakan rancangan Si Sepet ialah Si Bangang. Yang jadi mangsa Si Biol. Bila bertukar servis, Si Bangang alan terus Bangang manakala Si Biol akan terus Biol. Akhirnya Luncai terjunlah dengan Labu-Labunya.
Si Sepet pun dengan gembira bertepuk tangan. Sebab dah takder Si Bijak lagi melainkan mereka. Maka tamatlah Riwayat Peribumi, melukut lah di tepian Gantang.
*Merepek itu kerja aku. Tapi aku merepek sebab aku rimas dengan Kebangangan Peribumi yang berhati lembu......
2.19 pagi
12 Oktober 2016
Tepi Padang Rumput
















