Friday, 6 September 2013

Ini Serius - Pemuda Tempur?




Ini memang serius... Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia serius nak remajakan UMNO... Tak Percaya ??? Tengok bebetui gambar tu... Sampai 4 orang wakil dari kliang Pemuda yang akan bertanding sebagai Ahl Majlis Tertinggi... Walaupun mereka nie sudah tak boleh bertanding di peringkat pemuda, tapi jiwa mereka tetap muda... Pemuda amat serius dalam meremajakan semula UMNO untuk terus relevan... nantikan episod kedua siri pencerahan caln-calon ini.....

Moh Kita Kelaut

Thursday, 5 September 2013

Jamuan MerdekaRaya Pemuda UMNO Ipoh Timor dan Restoran Simpang 3

Esok bersamaan 6 September 2013 Bermula Jam 9 Malam, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timor bersama - sama Pengurusan Restoran Simpang 3 akan mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56. Pergerakan Pemuda UMNO Ipoh Timor dan Pengurusan Restoran Simpang 3 dengan rendah diri, Menjemput tuan - tuan dan puan - puan tidak mengira kaum dan agama serta usia untuk bersama - sama memeriahkan jamuan tersebut.

Tentatif program seperti di bawah:

Lokasi : Restoran Simpang 3, Greentown Nova, Ipoh
Masa : 9 Malam sehingga 1 Pagi
Jamuan secara buffet
Persembahan Artis Jemputan - Kumpulan TEJA, Band Tempatan Chak Chi Boys dan beberapa Band lain.

Orang ramai dijemput hadir.

Moh Kita Kelaut

Kuasa Seorang Wanita

Ada suami isteri  yang memiliki 3 orang anak. Setelah lama berkrisis, pasangan  ini hendak bercerai tapi sebelum itu mereka bersetuju memberi peluang kepada anak-anak mereka membuat pilhan samada ikut Mak atau Abah.

Isteri : Abang nak ikut abah ke mak?

Anak no1: Nak ikut Mak!

Isteri : Kakak nak ikut abah ke mak?

Anak no2: Nak ikut Mak!

Isteri : Adik nak ikut abah ke mak?

Anak no 3 : Nak ikut mak!

Suami : Ohh! Kalau semua nak ikut mak, abah pun nak ikut mak lah!

Isteri : ~!@#$%^&*()

P/s : saja borak petang-petang...

Moh Kita Kelaut

Thursday, 13 June 2013

#505 - Kebodohan Rakyat Malaysia

Hari nie terasa rajin nak membaca.. Kebetulan lak tengah duk belek-belek blog nie jumpa satu artikel seorang bloggers yang menulis tentang petisyen pilihanraya... Mengikut tulisan dia, Gabungan pembangkang duk sibuk failkan petisyen pilihanraya ke Makhamah untuk mencabar Keputusan SPR masa PRU 13 yang baru lepas... Dan memang betul pun,bila aku baca blog atau portal Pembangkang, semua pasal Petisyen Pilihanraya jer... Yang menarik tentang tulisan bloggers nie, dalam berpuluh-puluh dan beratus-ratus petisyen tak kira la dari pihak yang menang atau yang kalah, takder satu pun Petisyen mengenai Balckout atau bahasa kampungnya bekalan elektrik terputus...

http://bit.ly/1a69sH4

Orang kat Malaysia nie bodoh sangat ker pun... Rata-rata pergi sekolah kan... Ada antaranya yang berpelajaran sangat tinggi... Takkan la tak nampak yang petisyen nie kene buat... Kene ada petisyen untuk blackout... Kalau tak, buat apa nak Buat Himpunan #505 Blackout..??? Betapa terdesaknya nakkkan jawatan Perdana Menteri la teww... Haishh.. Bastard punya olang... Yang peliknya, ramai jugak nak jadi bodoh macam deme yang duk atas stage nie... Lagi aku tak paham, pak lebai yang duk join... Bila bercakap,perjuangan menegakkan islam, tapi bende basic pun tak boleh ikut... Agak tengin la kan... Percaya Kepada Qada' dan Qadar... Tu jer, simple.. Tapi tak boleh jugak nak ikut... Macam mana kata ko perjuangkan islam.. Duk bawak orang lain sesat sekali... So kepada orang-orang yang sangat rajin nak pegi himpunan Blackout nie, silakan mike-mike memperBODOHkan diri mike dan juga menyusahkan orang lain.. Kurang-kurang dapat jugak sumpahan atau makian dari orang ramai yang komer susahkan..


Moh Kita Kelaut



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 8 June 2013

EXCO Belia dan Sukan Perak Bersama Skatters

EXCO Belia Dan Sukan Negeri Perak yang baru, Datuk Shahrul Zaman yang jugak ADUN Rungkup memang rendah diri.. Dengan Pakaian Ala Skatters, beliau bersama-sama Puluhan Skatters di Program Ngelupor Fox Fest yang telah diadakan di Public Park, Sungai Kinta. Program tersebut menghimpunkan pemain-pemain skateboard dari sekitar Bandaraya Ipoh dan Bandar-bandar Sekitar seperti Batu Gajah, Teluk Intan, Kuala Kangsar dan lain-lain. Beliau amat menyokong program yang sihat seperti itu yang dapat mengumpulkan remaja dan belia dari melakukan perkara dan gejala keruntuhan moral. Beliau juga amat gembira kerana dapat mencuba sendiri bagaimana rasanya bermain skateboard. Rata-rata peserta kagum dan gembira dengan kehadiran YB Datuk ke program tersebut disamping menyatakan terima kasih mereka kerana mendapat sokongan Kerajaan Negeri Perak diatas usaha mereka mengumpulkan pemain-pemain skateboard di Perak. Program dianjurkan oleh Petubuhan NGO- MESCO atau Pertubuhan Kebajikan Pemuzik Dan Sukan Lasak Perak. Pilihan YAB Menteri Besar dengan meletakkan YB Datuk sebagai EXCO Belia dan Sukan sangat tepat... Sikap rendah diri dan suka bergaul dengan golongan Belia menampakkan bahawa YB Datuk sangat dekat dengan Rakyat Golongan Umur remaja dan belia ini... Kesudian beliau untuk mencuba juga memberikan semangat kepada peserta Program tersebut.. InsyaAllah, dengan kehadiran YB Datuk, sukan di Negeri Perak akan lebih menyerlah...


Moh Kita Kelaut



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone