Thursday 12 December 2013

Misi Bantuan Konvoi Pemuda Perak Berjaya #pray4pahang @najibrazak @@ZambryAbdKadir @hairul_own @muzammilarif

Alhamdulillah, akhirnya misi menghantar bekalan makanan, ubatan dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa banjir di Pahang berjaya. Lokasi terakhir menurunkan bekalan bantuan dilakukan di Pejabat UMNO Bahagian Temerloh. Bekalan tersebut akan diagihkan pula kepada mangsa banjir oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Temerloh.

Kerjasama dan juga semangat yang ditunjukkan peserta konvoi sangat bagus dan boleh dijadikan tauladan kepada orang lain. Pengorbanan masa dan wang ringgit berbaloi bilaman mereke selesai melaksanakan misi mereka. Tahniah juga kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang baru dilantik, Sdr Hairul Anwar kerana berjaya menjadikan misi ini satu kenyataan walaupun dalam masa yang singkat. Kerjasama daripada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Restoran Simpang Tiga, Ipoh Bikerz, Waziboys,  Sajak, MESCO, Pusat Perubatan UniKL RCMP,  Gerakan Belia 4B Kawasan Ipoh Barat dan juga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timor, Ipoh Barat, Gopeng, Tambun, Batu Gajah, Parit serta Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak telah menjadikan misi ini berjaya.

Sebelum berangkat pulang, Sdr Hairul Anwar selaku Ketua Konvoi merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang menyumbang tenaga dan masa serta kata-kata semangat kepada mangsa-mangsa banjir. Beliau mengharapkan misi seumpama ini dapat diteruskan bagi membabtu rakyat Malaysia yang ditimpa musibah dalam meringankan beban mereka. Seterusnya beliau juga berpesan kepada semua peserta untuk berhati-hati memandu pulang ke Ipoh dan rehat jika perlu berikutan perjalanan sehari suntuk dari Ipoh ke Temerloh.

Moh Kita Kelaut

No comments:

Post a Comment