Monday 13 May 2013

SJK Dihapuskan ??

Ada satu artikel di Malaysiakini.com tentang kenyataan seorang Bekas Hakim Makhamah Rayuan berkenaan Sekolah Jenis Kebangsaan di Malaysia... Bila aku baca artikel tu, aku rasa macam logik jer apa dia cakap... Aku sokong bab yang jadikan satu sekolah dimana semua pelajar nie boleh belajar erti perpaduan dan kerjasama... Bagus apa, pergaulan semua dalam satu sekolah... Budaya-budaya semua kaum dapat dikongsi bersama... Baru la takder keluar ayat rojak nya pun... 

KLIK GAMBAR UNTUK ARTIKEL PENUH
Tajuk dia "Hapuskan SJK kerana perlembagaan tak iktiraf". Bab nie aku kalah la, pasal aku pun tak taw... Tapi dia tu bekas Hakim Makhamah Rayuan, kompom la dia lagi taw kan.. Takkan la Dia tengin sangat.. Aku tak heran bab tuh, yang aku cadangkan, Satukan semua sekolah lepas tu bagi Option pada semua pelajar untuk amik paper Bahasa Cina, samada Kantonis atau Mandarin dan juga Paper Bahasa India... Bahasa Malaysia Bahasa Rasmi untuk semua pelajar sama dengan Bahasa Inggeris.. Semua nie boleh buatkan semua kaum dalam perpaduan.. Sukatan mata pelajaran di gubal semula ikut dengan keadaan semasa... Masukkan juga kenegaraan dari sekolah rendah supaya deme-deme nie paham tentang perjuangan memerdekakan negara oleh semua pejuang kemerdekaan.. Bukan setakat bab sejarah yang diambil sedikit-sedikit... Jangan bagi ada double standard... Kalau betul la semua pihak nak satukan Malaysia nie dengan semua kaum yang ada, tu salah satu cara untuk pupuk kanak-kanak hidup aman dan harmoni... Kalau betul la nak menambah baik sistem pendidikan negara la kan dan juga sistem keharmonian... Ini sekarang, ada yang nak cakap Bahasa Malaysia pun belum tentu pandai... Siap ada slang nya pun... Melentur buluh biarlah pada rebungnya... Kalau dari kanak-kanak kita tak boleh pupuk, macam mana nak satukan orang yang dah besar panjang... Tu yang jadi macam sekarang nie... Asyik nak bertekak sana-sini... Fuhhh.... Apa la nasib bebudak nie nanti kan... Kesian kat deme... So cadangan aku, jadikan sekolah satu aliran sahaja dan subjek ditentukan oleh panel penilai bebas di bawah Istana Negara sebab isu pendidikan janganlah di politikkan....




Moh Kita Kelaut

No comments:

Post a Comment