Friday 10 May 2013

AZMIN ALI AKHIRNYA MELETUP

Nampak gayanya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan juga ADUN Bukit Antarabangsa dah hilang sabar.... Selepas Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dengan cara terbuka bagi sokongan kepada ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, Azmin yang sebelum ini dikhabarkan nak sangat jadi Menteri Besar Selangor keluar kenyataan melalui Yahoo News menyalahkan Presiden PAS tu sebagai penyebab kepada kekalahan Pembangkang di kerusi DUN Kota Damansara......



Ini lah sebenar rupa kepimpinan yang ada dalam PKR. Daripada Ketua Umum sampailah kepada kepimpinan cabang dan ranting, semua ada agenda sendiri sebenarnya. Nakkan kuasa. Kecuali Presiden PKR jer yang nampaknya agak waras walaupun ada sedikit kekecewaan dalam diri dia... Rasanya la kan... Takkan la Presiden sebuah Parti Politik yang mempunyai pengaruh yang besar Di Malaysia, tak bertanding langsung untuk Pilihanraya UMUM..??? Mesti la ada niat, tapi agaknya takut derhaka pada suami, ikutkan ajer la... Azmin dalam kenyataannya kepada Yahoo News, menyalahkan sepenuhnya kepada Presiden PAS ke atas kehilangan kerusi yang sepatutnya milik PKR..... Peliknya, kenapa kerusi DUN Kota Damansara nie tak dikaitkan dengan pengundi Hantu erk...??? yang Anuwar duk sibuk jaja cerita pasal Blackout la, pasal Pengundi Bangla la pasai apa..??? Kat sini PKR kalah bukan sebab pengundi Hantu ka..??? Azmin sendiri dah buka cerita, kepincangan antara parti-parti gabungan nie yang sebabkan kekalahan... Tak mustahil la kat tempat lain pun perkara yang sama terjadi... Sebelum nie pun dah kecoh pasal calon-calon kerusi Pilihanraya yang deme duk gaduh berebut nak letak calon... Masing-masing sibuk nak buktikan hebat, jadi tak mustahil ada sabotaj dalam gabungan demer kan....



Jadi apa masalah lagi nak salahkan orang lain... Sendiri boleh pikir ma.... Main nak terjah semua orang bila kalah.... Tuhan nak tunjuk skit jer... Setakat nak tarik Nyawa Manusia nie, senang-senang jer Allah buat... Ingatlah, kembalilah ke jalan yang betul... Janganlah tamak dan haloba nakkan jawatan... Tertulis yang sampai bebila pun dia tak leh jadik PM Malaysia... Dah 3 kali cubaan nak jadi PM tak dapat, so apa lagi... jangan la terdesak sangat sampai nak heret semua orang jadi kufur...

Ada Mata Tengok,
Ada Telinga  Dengar,
Ada Akal Fikir,
Ada Mulut Guna dengan cara yang betul,
Ada Tangan, dah pangkah pada Parti yang komer suka...

Terimalah Takdir dan keputusan yang dah ditetapkan....


Moh Kita Kelaut

No comments:

Post a Comment