Monday 18 March 2013

ATM Dan Polis Dihina Lagi ??

Asthaghafirullahhalazim... Apa lagi yang diaorang nie tak puas hati... Teruk benar dendamnya diaorang nie pada Anggota Keselamatan... Pengganas, penipu diangkat sebagai Hero.. Tapi yang pertahankan negara, yang bagi korang rasa aman korang hina sangat-sangat... Diaorang bukan bangkai la... Yang gugur tu syahid tau ker... Setakat pandai menulis dan memfitnah korang dah rasa cukup bagus.. Puihhhh.. Ini artikel penuh yang aku amik di Suarapakatanrakyat.com

"Kematian Bala Lebih Mulia Dari Kematian Di Lahad Datu


KEMATIAN bekas anggota polis cawangan khas yang kemudian menjadi penyiasat persendirian, P Balasubramaniam Jumaat lalu, masih diratapi sebahagian besar rakyat Malaysia terutama yang mengagumi semangat mendiang dalam mencari kebenaran di sebalik pembunuhan model Mongolia Altantunya Sharibuu.

Walaupun suarapakatanrakyat.com sedikit kesal kerana sebelum kematiannya, Bala gagal menyediakan akuan bersumpah ketiga bagi membatalkan akuan bersumpah kedua yang menafikan pembabitan Najib dalam akuan bersumpah pertama, tapi kami yakin perjuangan Bala tidak mati dan akan terus kekal selama-lamanya sehingga kebenaran yang dicari menjelma.

Cuma laman ini agak pelik bila kematian Bala ini kurang diperkatakan di media-media masa arus perdana.  Benarlah setakat ini tidak ada apa-apa yang meragukan tentang kematian tersebut, tapi sekurang-kurangnya sedikit publisiti mengenai kematian tersebut tidak akan menjejaskan jualan/rating mereka pun.

Ini tidak, bila dan dimana jenazah mendiang dibakar pun tidak disiarkan juga.

Walhal kematian Bala ini adalah satu kehilangan besar pada negara.  Malah tidak keterlaluan kalau laman ini katakan, kematian Bala adalah jauh lebih mulia dari nyawa 10 askar dan polis yang mati dalam pertempuran di Lahad Datu setakat ini.

Ada di kalangan anggota polis dan tentera yang mati tersebut, masih berpangkat konstabel dan prebet, menunjukkan mereka baru sahaja menyertai pasukan tersebut, tapi hanya kerana nyawa masing-masing melayang dalam pertempuran (yang mereka pun tak ingin pergi kalau diberi pilihan), mereka sudah diberi penghormatan negara dan digelar wira?

Laman ini tidak mahu mempersoalkan perkara tersebut kerana itu bukan isunya disini, tapi kalau pada umur sedemikian dengan pengorbanan yang tidak seberapa tapi sudah layak digelar wira, apa beza dengan mendiang Bala?  Apatah lagi, mendiang juga pernah berkhidmat sebagai anggota polis?

Maka itu, laman ini menyokong ura-ura kerajaan negeri Selangor untuk mengabadikan nama mendiang Bala pada sebatang jalan dalam negeri Selangor bagi menghargai sumbangannya yang tidak ternilai kepada rakyat Malaysia.

Jika nama seorang anggota polis yang terkorban dalam pertempuran di Semporna 2 Mac lepas boleh diabadikan pada sebatang jalan di Klang Selangor, kenapa nama Bala tidak boleh?"

Cuba baca betul-betul apa yang ditulis oleh pengarang.. Kematian anggota keselamatan di Lahad Datu mempertahankan Negara dianggap tidak ada apa-apa jika dibandingkan dengan kematian P.Bala.. Kematian P.Bala lebih Mulia??? Mendiang Mati semasa dalam jelajah memfitnah YAB PM yang mana telah bersumpah tidak terlibat dengan Kes Altantuya... Aku kalau boleh tanak menghina atau mengaibkan orang yang dah takder... Dan aku tak kisah kalau Kerajaan Pakatan Rakyat nak hargai Mendiang... Sekurang-kurangnya keluarga Mendiang dapat dibantu sebab keluarga dia tak bersalah pun... Tapi pengarang nie agak melampau... Kematian Anggota Keselamatan dah la dipermainkan oleh Tian Chua, sekarang ko nak hina sampai macam tu pehal... Dan yang aku tak tahan, pengorbanan tidak seberapa dia kata?? Tengin sungguh pengarang nie... Ini la akibat bila Anuwar terlepas dari kandang dia dulu... Fahaman bodoh macam inilah yang menyerap minda penyokong tegar sehingga dendam yang tak boleh dipertikaikan lagi oleh pengarang laman tersebut...

Kalau la Anuwar jadi Perdana Menteri, ingatlah wahai Anggota Keselamatan Negara, korang akan ditukarkan serta-merta atau tidak pun sekurang-kurangnya korang nie akan terus dihina dan kematian korang pertahankan kedaulatan Negara hanya akan di kutuk dan diperlecehkan...

Jadi, Korang undilah Pembangkang supaya korang semua boleh terus dihina dan dikeji oleh cai-cai pembangkang nie...


UNDI Barisan Nasional Jamin Keselamatan dan Kemakmuran

UNDI Pembangkang, Korang dihina macam ANJING


Moh Kita Kelaut


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment