Tuesday 5 March 2013

#LahadDatu Antara Dendam Dan Nafsu

Umum mengetahui pada PRU 12, Kemenangan Besar MP dari Barisan Nasional di Sabah membolehkan Barisan Nasional masih lagi menguasai Parlimen seterusnya membentuk Kerajaan Persekutuan. Pihak Pembangkang menggelarkan Sabah sebagai Simpanan Tetap Barisan Nasional ekoran kemenangan besar itu. Pembangkang juga mengetahui pengaruh besar yang boleh diberikan oleh Pengundi-pengundi Di Sabah sehingga menafikan Pembangkang sebagai Kerajaan. Disebabkan itu, Pembangkang terutama Kepimpinan Tertinggi Parti PKR dan DAP kerap turun naik mengadakan ceramah dan seterusnya menanam Fitnah dan Politik Kebencian kepada Pengundi di Sabah. Namun, apa yang cuba dilakukan oleh Pembangkang tidak menampakkan hasil berikutan projek-projek dan juga kemudahan-kemudahan yang diterima Rakyat Sabah begitu banyak. Kerajaan Barisan Nasional begitu komited dalam menyalurkan bantuan serta menyediakan keperluan Rakyat di Sabah. Melihat kepada Trend,bahawa Rakyat Sabah tidak termakan hasutan dan fitnah yang dibawa,maka satu strategi baru perlu dicipta. Harus Diakui bahawa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sangat bijak dalam menghasilkan taktik kotor bagi memastikan Bos beliau iaitu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini.

Bagi menghadapi PRU 13, Nyata yang Pembangkang masih tidak dapat memastikan Sabah bersama mereka. Kesempatan diambil daripada petikaian 'Kesultanan Sulu' dengan Kerajaan Malaysia dengan mengadakan perjumpaan dan janji-janji palsu.Tidak mustahil juga, perjumpaan-perjumpaan tertutup diantara 'Ahli Politik Pembangkang yang Berpengaruh' di Malaysia dan di Sabah bersama "Kesultanan Sulu yg Palsu' bagi meminta bantuan supaya Sabah berada di bawah keadaan bahaya dan membimbangkan agar Pilihanraya tidak dapat dijalankan atau sekurang-kurangnya menjadikan Sabah sahaja tidak menjalankan Pilihanraya berikutan situasi kritikal yang membawa kepada keadaan darurat.

Lihat sini http://bit.ly/14ldxBx .

Serangan-serangan yang dilakukan oleh 'Kesultanan Sulu Palsu' ini mungkin juga berikutan janji-janji palsu Pembangkang yang sering dimainkan oleh mereka. Dapat dilihat, 'Tentera-tentera Sulu' ini telah berada di Sabah sejak beberapa bulan lepas yang menunjukkan, kehadiran mereka dirancang dari awal lagi.Apabila 'Kesultanan Sulu Palsu' ini mendapati mereka dipermainkan,maka serangan dilancarkan agar mendapat perhatian dunia. Ada juga maklumat yang mengatakan 'Kesultanan Sulu Palsu' ini tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak sehingga membolehkan mereka menyediakan senjata-senjata canggih bagi melancarkan serangan.

Lihat Sini http://bit.ly/14lekCq

Jadi,tidak mustahil semua yang berlaku adalah disebabkan oleh strategi yang dicipta oleh segelintir manusia yang tamak kepada kuasa (pembangkang??) untuk membawa masuk anasir luar terutamanya campur tangan pihak Antarabangsa yang iri hati kepada kejayaan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Berdaulat dimana mempunyai banyak lagi sumber alam hasil daripada pemerintahan yang baik.

Lihat Sini http://bit.ly/14lfa2d

Cuba lihat persepsi yang dicipta oleh segelintir orang yang dengan mudah menuduh peristiwa berdarah ini sebagai Lakonan untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap Landskap Politik Negara.

Lihat sini http://bit.ly/13AWS1j

Janganlah kita terpengaruh dengan mereka-mereka yang suka menangguk di Air Keroh dan isu Berdarah di Lahad Datu bukan mainan politik. Nyawa Pasukan Keselamatan kita yang dipertaruhkan. #prayvat69

Semoga mereka yang gugur diberi tempat dikalangan Syahid yang berjuang untuk Agama,Bangsa dan Tanahair

Al- Fatihah untuk Pejuang Tanahair...


Moh Kita Kelaut



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment