Oleh itu, PKR atau Parti Kecewa Reramai menerima mereka kerana di dalamnya penuh dengan orang yang kecewa tidak mendapat peluang menjadi calon dan Menteri!!! Hanya PKR sahaja yang mampu memberikan mereka peluang kedua setelah mereka ditolak oleh Parti lama kerana faktor usia.. Malangnya, apabila mereka tidak dipilih sebagai Calon Pilihan Pertama, mereka merajuk dan akhirnya menjadi Liabiliti kepada Parti mereka sekarang... Itu lah yang terjadi kepada Chua Jui Meng sekarang di Johor, apabila dia merajuk sebab tak dapat jadi calon di Gelang Patah... Inikah calon yang pengundi ingin pilih ??? Apabila apa yang dia hajati selepas menang esok tak dapat, tak mustahil yang dia akan melompat keluar sebab merajuk.. Dan tak mustahil juga calon-calon pembangkang di tempat lain begitu juga.. Semua penuh dengan agenda peribadi berbanding calon Barisan Nasional yang akan berkhidmat untuk rakyat dan pengundi di kawasan yang mereka wakili.. Jangan sesekali jadikan kelambu sebagai mangsa jika nyamuk yang dimarah... Bukan semua pemimpin yang melakukan kesalahan seperti yang didakwa pembangkang,sebaliknya mereka lebih banyak melakukan kesilapan demi kesilapan...
Keluarlah mengundi dan buatlah pilihan yang tepat dengan mengundi Barisan Nasional.. Selama lebih 50 tahun, terbukti janji yang dibuat ditepati berbanding Pembangkang yang hanya pandai mengumpul janji dan menyimpannya di dalam tong sampah... Apa sahaja keputusan pengundi akan mencorakkan masa depan anak-anak kita... Hanya satu Pilihan, BARISAN NASIONAL....
Moh Kita Kelaut
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment