Semasa program tu berlangsung, kelihatan Nizar Lambai ada sekali bersama barisan Pemimpin Pembangkang di bawah pentas ceramah, tetapi nama Nizar Lambai tak disebut pun oleh Pengerusi Majlis malam tu... Malah tidak dijemput beri ceramah diatas pentas walaupun posternya ada... Kat sini petikan artikel dar blog pembangkang....
"Pengerusi majlis program Jelajah Merdeka Rakyat malam tersebut memang wajar belajar adap dan sopan kalau sayangkan semangat Pakatan Rakyat, sehinggakan dalam ucapan alu-aluan pengerusi pun nama DS Nizar tidak disebut. Mengapa..?? Adakah terlupa..? Sedangkan bukan ada ramai pun pimpinan PR yang hadir pada malam tersebut.
Ramai dikalangan hadirin yang datang tertanya-tanya kenapa DS Nizar tidak diberi peluang berucap diatas pentas malam tersebut,muka beliau ada terpampang di poster dan sedangkan beliau juga adalah pengerusi PR Perak,pengerusi majlis terpekik terlolong membuang masa boleh pula. "Seolah-olah kehadiran atau kedatangan DS Nizar tidak di-undang pengajur"- kata seorang rakyat diprogram tersebut."
Sumber : http://orangni.blogspot.com
Paper Sinar Harian hari ini pulak keluar artikel pasal PAS akan terus berjuang mendapatkan semula Kerusi Parlimen Bagan Serai dan Dun Alor Pongsu daripada PKR.. Nampaknya Perang Saudara diantara PKR dan PAS tidak dapat dielakkan lagi... Kalau setakat satu dua kerusi pun tak boleh nak selesaikan, macam mana nak selesaikan masalah sebuah negeri, apatah lagi sebuah negara... Iniker ruper wakil rakyat yang kita nak angkat mewakili kita nanti... Fikir-fikirkanlah, jika tidak kita....
Moh Kita Kelaut
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment