Saturday 30 March 2013

Wan Azizah Menteri Besar Selangor Yang Baru !!




Kalau sebelum nie, Tun M, Tun Razak dan Tun Hussein serta beberapa lagi pemimpin UMNO di hina dan dikatakan tamak kuasa dengan meletakkan anak dan ahli keluarga menjadi ahli UMNO, tetapi apa beza dengan PKR dan juga DAP... Dalam UMNO, Anak-anak bekas pemimpin terdahulu diangkat setelah bapa mereka tidak lagi memegang jawatan di dalam parti atau kerajaan.. Tetapi berbeza dengan PKR dan DAP.. Bapak Pengerusi, anak CEC pusat.. Bapak Ketua UMUM, anak Naib Presiden... Tak cukup itu, isteri pun diangkut sekali pegang jawatan.. Dah la diberi jawatan Presiden, lepas tu diberi keutamaan untuk jadi Calon... Kalau menang pulak jadi Menteri Besar... Adoi, ini lah namanya parti anak beranak... Yang jadi calon, Suami,isteri,anak,sepupu... Yang jadi pemimpin Parti, Suami,isteri,anak, sepupu jugak..
Siapa sebenarnya mengamalkan Kronisme??? Adakah UMNO,MCA,MIC dan Barisan Nasional atau, PKR, DAP dan PAS yang mengamalkan Kronisme ??? Pemimpin UMNO kebanyakannya hanya akan memberi restu kepada anak-anak mereka setelah mereka melepaskan jawatan atau mengumumkan pengunduran dari jawatan sedia ada berbanding Pembangkang... Pembangkang suka menggunakan strategi menghentam lawan dahulu supaya apa bila dibangkitkan sesuatu isu, walaupun mereka yang melakukan kesalahan,mereka dapat pertahankan diri mereka... Cuba lihat senario sekarang, Pembangkang membangkitkan isu tentang kronisme di dalam Barisan Nasional dan UMNO tetapi hakikat sebenarnya ialah Kronisme yang lebih teruk berlaku di dalam Pembangkang...
Yang terbaru, Wan Azizah dikhabarkan akan bertanding di salah satu kerusi DUN di Selangor.. Sekiranya Wan Azizah Menang, dia akan dilantik Menjadi Menteri Besar Selangor yang Baru andai Pembangkang masih menerajui Selangor.. Azmin Ali dan Juga Khalid Ibrahim akan berytanding di Kerusi Parlimen untuk mengelakkan boikot-memboikot antara mereka seperti yang diketahui sebelum ini.. Ini lah strategi yang digunakan Anuwar bagi memastikan undi pembangkang tidak pecah..
Pengundi kini semakin bijak dalam menangani isu-isu yang dikeluarkan... Tidak seperti dahulu, hanya membuta tuli mengikut fakta palsu yang disebarkan oleh Pembangkang...

Moh Kita Kelaut
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


No comments:

Post a Comment