Iklim politik Malaysia tidak pernah surut sejak sekian lama. Bak kata orang tua, putus berhubung. Baru selesai satu isu, timbul isu lain. Samada politik negara atau politik parti. Pemuda UMNO Malaysia jugak tak terlepas dari menjadi antara pemain isu-isu ini.
Pelbagai isu timbul dan pelbagai reaksi yang mengisi ruang penglihatan pemerhati politik samada sidang di Parlimen atau sidang di kedai kopi. Aku cuma nak sentuh tentang dua perkara. Satu tentang Mantan Presiden UMNO dan satu lagi tentang Peremajaan Parti.
Yang pertama tentang isu Mantan Presiden Parti UMNO yang sekarang tengah melakukan smash kepada Presiden sedia ada.Tun Mahathir nie bukan calang-calang orang. Siapa yang boleh nafikan apa yang pernah Tun sumbangkan pada negara? Rasanya belum jumpa lagi orang yang nak nafikan sumbangan Tun melainkan menuduh Tun Nyanyuk. Dan Tun juga merupakan individu yang menjadikan suatu fantasi dulu sebagai realiti kini. Berapa banyak orang yang mengutuk dan mempertikaikan Tun nak bina Twin Tower? Tapi sekarang, cerok mana dunia nie kita pergi, orang akan kenal Malaysia melalui Twin Tower. Vision Tun nie tak betapa nak sama dengan orang biasa. Dan apabila Tun tegur kepimpinan sekarang, kita kena lihat dari sudut yang berbeza. Puluhan tahun Tun create Malaysia, sekarang Tun nampak ibarat nak runtuh. Kalau kita pun marah. Penat memerah otak mencari idea dan dana tetiba nak runtuh dibuatnya. Jadi teguran Tun kepada Dato' Seri Najib bukan sebab dengki or menyalak. Tapi lebih kepada mengelakkan UMNO yang menerajui Barisan Nasional terus tidak relevan.
Yang kedua, tentang Peremajaan Parti. Dato' Seri Najib sebagai Persiden rasanya dah berbuih mulut bercakap tentang Peremajaan Parti. Tapi sayangnya, berbuih di mulut jer la. Tindakan? Wallahualam. Bila berucap di depan Pemuda dan Puteri, mesti ada sebut tentang kuasa pengundi untuk PRU akan datang di tangan pengundi Muda. Ironinya, semua orang tahu tentang perkara tu. Termasuk la pembangkang. Maka sebab itu, kalau rajin kita melihat calon yang bertanding dan wakil rakyat yang ada dalan dewan-dewan takkira di Negeri atau Parlimen yang mewakili pembangkang adalah golongan muda yang mana usia mereka di bawah 40 tahun. BARISAN NASIONAL? cuba fikir sejenak dan duduk di tempat remaja dan belia nie, yakin atau tidak mereka kepada satu parti yang kononnya ingin membela mereka tetapi menafikan golongan mereka menjadi wakil rakyat.
Isu pertama mendapat reaksi berbeza. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong kenyataan yang dubuat Oleh Tun Mahathir. Tetapi isu kedua disokong sepenuhnya oleh Ahli Pemuda UMNO Malaysia.
Walaupun kita diajar untuk taat kepada pemimpin tetapi dimana kedudukan Pemuda. Perlukan menjadi Tuah? Taat membuta tuli atau perlukah menjadi Jebat yang menderhaka kepada Sultan kerana amarah?
Hidup kita... Pilihan Kita...
Tuah atau Jebat
Moh Kita Kelaut