Thursday 19 September 2013

#Erwin4exco : Ziarah Mangsa Langgar Lari

Petang tadi, jam 6.30 petang, satu kunjungan telah diadakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Temara berikutan seorang penduduk Taman tersebut yang mengalami kemalangan langgar lari. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timor,  Sdr Hairul Anwar Mohamed Noor bersama calon Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timor merangkap calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Sdr Erwin Mukhriz Zahari telah bersama - sama melawat mangsa. Mangsa dikatakan dilanggar lari oleh seorang pemuda bukan melayu dan terus melarikan diri. Akibatnya, tulang rusuk di kedua-dua bahagian badannya cedera dan retak. Sdr Hairul dan Juga Sdr Erwin menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa dan didoakan mangsa dapat sembuh segera.

Sdr Erwin juga berharap agar pengguna jalan raya yang lain dapat berhati-hati selain memikirkan keselamatan pengguna-pengguna lain selain daoat mengelakkan kemalangan daripada berlaku.

Moh Kita Kelaut

CHIN PENG : PEMUDA IPOH TIMOR BANTAH

Jam 1 tengahhari tadi, satu laporan Polis telah dibuat bagi menyekat usaha-usaha segelintir individu untuk membawa masuk Abu Mayat Chin Peng, Setiausaha Parti Komunis Malaya yang juga orang kuat komunis semasa pemberontakan di Tanah Melayu oleh Pergerakan Pemuda UMNO Ipoh Timor. Laporan polis dibuat oleh Sdr ERWIN MUKHRIZ yang juga Calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama-sama 30 orang penyokong beliau. Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timor,  Sdr Hairul Anwar Mohamed Noor dan juga barisan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Diantara isi kandungan laporan ialah, Pergerakan Pemuda UMNO menolak serta membantah sekeras-kerasnya usaha membawa masuk abu Chin Peng ke tanah air kerana akan menganggu sensitiviti serta menghiris perasaan keluarga-keluarga mangsa kekejaman komunis.

Moh Kita Kelaut

Wednesday 18 September 2013

DAP oh DAP Ku Sayang

Tu dia aih... Duk Kata Dulang Paku Serpih, Duk Kata Orang Dia Yang Lebih....

Pepatah yang paling sesuai untuk DAP... Sibuk berjaja sana sini UMNO Racist sangat la.... UMNO terlampau MELAYU la... tapi ada sesapa nampak DAP terlampau CINA nya.... sampai pemilihan CEC pun melayu kene cantas... Parti Demokratik Kebangsaan la sangat... tang mana la Demokratiknya.... DemoKatik ada la.... kene kencing jer... Tapi sayang sebab ada jugak si bebal yang buta mata walaupun matanya celik.... yang hilang akal walaupun ada otak....

Apa pun....

Malaysiaku Berdaulat - Tanah Tumpahnya Darahku

Moh Kita Kelaut

CHIN PENG : Antara HERO vs PENGKHIANAT

Heboh semasa rakyat Malaysia sibuk menyambut Hari Malaysia, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng Meninggal Dunia akibat sakit tua di Thailand. Berbagai teori dan anggapan serta persepsi kemudiannya timbul berkaitan dengan kematian mendiang. Ada segelintir rakyat Malaysia yang gembira, sedih dan macam-macam lagi perasaan. Sejarah penubuhan Malaysia tertulis tentang pemberontakan komunis yang diketuai oleh Mendiang.

Saya bukan seorang penulis, pembaca jauh sekali seorang Sejarahwan. Dan saya juga tidak dilahirkan atau dibesarkan di zaman Pemberontakan Komunis. Saya merupakan generasi Y yang dibesarkan dengan teknologi serta gajet. Sama seperti kebanyakan anak muda sekarang. Maklumat yang ingin diperolehi hanya di hujung jari. Cuma bezanya saya dengan golongan sebaya, saya banyak menghabiskan masa saya bersama arwah datuk dan opah saya. Mereka dilahirkan sebelum merdeka dan melalui pelbagai zaman penjajahan. Hari-hari tua mereka banyak dihabiskan dengan bercerita betapa perlunya saya bersyukur dan mempertahankan apa yang dimiliki sekarang. Sehingga Lahat ke hari-hari terakhir arwah datuk saya, masih lagi bercerita tentang derita mereka semasa penjajahan dan pemberontakan. Datuk saya pernah menjadi Special Cop di kawasan estet dan pernah ditembak. Dua butir peluru menembusi bahagian kakinya dan arwah menanggung kesan it sejngga akhir hayatnya. Arwah juga ada bercerita tentang kawan-kawannya yang gugur dan cedera parah semasa zaman pemberontakan komunis.

Opah saya pula selalu bercerita tentang kehidupan pada masa itu. Susah nak keluar, susah nak dapatkan bekalan makanan, susah nak itu ini. Selepas zaman pemerintahan Jepun, rata-rata rakyat Tanah Melayu menyangkakan negara telah aman tetapi meleset akibat pemberontakan komunis yang awalnya ingin menghalau Jepun dari Tanah Melayu. Orang Melayu pada ketika itu tetap hidup di dalam ketakutan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malah pada ketika pemberontakan komunis, kehidupan rakyat lebih sukar dari zaman penjajahan Jepun. 

Saya dapat menyelami perasaan mereka apabila air mata menitis mengenangkan kesukaran dan kesusahan hidup mereka pada zaman itu semasa mereka bercerita. Dan setiap kali ubi kayu dihidangkan untuk mium petang, dapat dirasakan betapa bernilainya makanan itu pada ketika zaman gelap Tanah Melayu. Sebagai seorang anak yang dilahirkan selepas era kemerdekaan, keperitan hidup zaman iti mmg jauh daribayangan hidup saya. Tetapi penceritaan dan  pengalaman datuk dan opah saya membuatkan saya seperti berada di zaman itu.

Tak dapat dibayangkan jika mereka mereka ini, yang berjuang mempertahankan negara dari ancaman komunis dan penjajah mendapat tahu ada anak bangsa mereka yang mempertahankan manusia yang pernah menjadi duri dalam daging dan penjenayah perang kepada bangsa Malaysia khusunya kepada orang melayu. Jangankan jasadnya malah abunya pun jika dibawa kembali ke Malaysia boleh mengakibatkan trauma yang teramat sangat kepada mereka. Biarlah mendiang terus bersemadi disana, dimana dia telah memuktamadkan dirinya dahulu. Bilamana dia menolak pelan damai antara kerajaan dan PKM.

Janganlah mengangkat seseorang yang jelas kejam dan tidak berperikemanusiaan menindas masyarakat sebagai hero sedangkan mereka ini bukan memperjuangkan kemerdekaan tetapi idealogi yang membolehkan masyarakat berpecah belah. 56 Tahun hidup dalam kedamaiaan, 50 tahun hidup dalam perpaduan, untuk apa digadaikan kerana ketamakan kuasa.

Malaysiaku Berdaulat - Tanah Tumpahnya Darahku

Moh Kita Kelaut

Monday 16 September 2013

CHIN PENG : Hadiah 16 September?

Samada berita ini berita gembira atau tidak wallahualam.... tetapi apa yang pasti, sejarah tertulis lagi hari ini apabila Pemimpin Parti Komunis Malaya atau Bintang 3, Chin Peng yang hidup dalam buangan menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah Hospital Thailand... Mungkin ada yang sangat gembira dengan kematian Chin Peng, dan ada juga yang sangat berdukacita... Yang nyata, pelbagai reaksi yang akan ditunjukkan oleh masyarakat...
Berita lanjut sila klik link di bawah....
Yang telah pergi, biarlah pergi... Sejarah tetap tidak akan berubah... Yang penting ialah bagaimana kita mengambil iktibar... Darurat dan kesengsaraan yang pernah di cipta oleh Parti Komunis Malaya atau PKM janganlah kita biarkan terjadi lagi... Selama 50 tahun keamanaan ini kita pupuk, biarlah ianya terus kekal sehingga ke penghujung Dunia.
Malaysia Berdaulat - Tanah Tumpahnya Darahku
Moh Kita Kelaut

Friday 6 September 2013

Ini Serius - Pemuda Tempur?




Ini memang serius... Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia serius nak remajakan UMNO... Tak Percaya ??? Tengok bebetui gambar tu... Sampai 4 orang wakil dari kliang Pemuda yang akan bertanding sebagai Ahl Majlis Tertinggi... Walaupun mereka nie sudah tak boleh bertanding di peringkat pemuda, tapi jiwa mereka tetap muda... Pemuda amat serius dalam meremajakan semula UMNO untuk terus relevan... nantikan episod kedua siri pencerahan caln-calon ini.....

Moh Kita Kelaut

Thursday 5 September 2013

Jamuan MerdekaRaya Pemuda UMNO Ipoh Timor dan Restoran Simpang 3

Esok bersamaan 6 September 2013 Bermula Jam 9 Malam, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timor bersama - sama Pengurusan Restoran Simpang 3 akan mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56. Pergerakan Pemuda UMNO Ipoh Timor dan Pengurusan Restoran Simpang 3 dengan rendah diri, Menjemput tuan - tuan dan puan - puan tidak mengira kaum dan agama serta usia untuk bersama - sama memeriahkan jamuan tersebut.

Tentatif program seperti di bawah:

Lokasi : Restoran Simpang 3, Greentown Nova, Ipoh
Masa : 9 Malam sehingga 1 Pagi
Jamuan secara buffet
Persembahan Artis Jemputan - Kumpulan TEJA, Band Tempatan Chak Chi Boys dan beberapa Band lain.

Orang ramai dijemput hadir.

Moh Kita Kelaut

Kuasa Seorang Wanita

Ada suami isteri  yang memiliki 3 orang anak. Setelah lama berkrisis, pasangan  ini hendak bercerai tapi sebelum itu mereka bersetuju memberi peluang kepada anak-anak mereka membuat pilhan samada ikut Mak atau Abah.

Isteri : Abang nak ikut abah ke mak?

Anak no1: Nak ikut Mak!

Isteri : Kakak nak ikut abah ke mak?

Anak no2: Nak ikut Mak!

Isteri : Adik nak ikut abah ke mak?

Anak no 3 : Nak ikut mak!

Suami : Ohh! Kalau semua nak ikut mak, abah pun nak ikut mak lah!

Isteri : ~!@#$%^&*()

P/s : saja borak petang-petang...

Moh Kita Kelaut