Saturday, 3 December 2016

#FIFAAwards : PUSKAS AWARD - Faiz Subri dari Malaysia

Alhamdulillah, Pemain Bola Sepak dari pasukan Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri telah mengharumkan nama negara dengan tercalon sebagai pemain yang menghasilkan gol paling cantik bagi tahun 2016 oleh Badan Bolasepak Dunia - FIFA. Dan beliau kini telah menduduki top 3 iaitu finalist bagi memenangi anugerah POSKAS Awards. Lebih menarik ialah, Mohd Faiz Subri mengalahkan Lionel Messi dan Neymar, antara pemain terbaik dunia.




Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjadi sebahagian daripada sejarah bolasepak di Malaysia dengan mengundi Mohd Faiz Subri Di Sini

Semoga kejayaan bersama Mohd Faiz Subri.

Wednesday, 16 November 2016

#Bersih5 : Kuning VS Merah

Beberapa hari jer lagi, Bersih 5 akan mengadakan Demonstrasi jalanan. Pelbagai reaksi dari pelbagai peringkat dan kelompok masyarakat membicarakan tentang ia. Dari Sidang Dewan Rakyat di parlimen sehinggalah ke Sidang-sidang kedai kopi merata Malaysia.

Menariknya tentang Bersih 5 yang juga dikenali sebagai Baju Kuning, Demonstrasi ini di lakukan bagi menuntut Pilihanraya yang lebih adil dan telus. Tetapi dalam masa yang sama, mereka juga berada di dalam sistem pilihanraya yang mereka gelar sebagai kotor dan tidak mendokong prinsip demokrasi. Banyak juga kerusi Pilihanraya Umum yang lalu yang telah dimenangi dengan majoriti amat besar seperti Di Siputeh, Gelang Patah, Ipoh Timor dan beberapa tempat lagi. Jika benar dakwaan mereka tentang sistem yang tidak telus, peliknya macam mana mereka menang besar?? Adakah mereka juga menggunakan Modus Operandi yang sama..?? Kalau BN di tuduh membawa masuk Bangla, bagaimana pula kemasukan China Doll yang memenuhi Rumah-rumah Urut di sekitar kawasan-kawasan bandar..?

Baju Merah pula yang nak turun berdemo sama kerana nak menghalang Bersih ibarat mengata dulang paku serpih. Namun jika dilihat daripada sudut demokrasi, jika Baju Kuning menuntut hak mereka berhimpun, Baju merah juga perlu di berikan hak yang sama. Tidak perlu ada Double Standard di dalam isu ini. jika ingin mengelakkan keadaan tidak tenteram, kedua-dua pihak harus di halang dari melakukan perhimpunan mereka. Mudah.

Jadi, pihak PDRM seharusnya melakukan tugas hakiki mereka iaitu menjag ketenteraman awam dan kedua-dua pihak Kuning dan Merah harus menghormati Undang-undang yang telah kita gunapakai semenjak dahulu lagi.

semoga berjaya kepada PDRM, Merah dan Kuning.

Saturday, 5 November 2016

Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2016 Persatun Bolasepak Melayu Malaysia : PBSM Perak vs Penjara FC

Perlawanan Bola sepak Kejohanan Bolasepak Piala Emas Raja-Raja 2016 diantara Pasukan PBSM Perak menentang Pasukan Penjara FC bertempat di Stadium Mini Penjara Kajang. Separuh masa pertama,Pasukan Penjara FC Mendahului dengan 1jaringan. Ini merupakan perlawanan kedua kumpulan B dimana semalam 4hb November 2016, perlawanan pertama telah berlangsung. 

Tuesday, 25 October 2016

Takziah : Tragedi Hospital Sultanah Aminah,Johor Bharu

video

Hari ini kita digemparkan dengan tragedi Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bharu. Kejadian itu mengorbankan nyawa pesakit dan kakitangan Hospital. Tiada siapa yang meminta atau menduga apatah lagi mendoakan tragedi ini terjadi. Marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.

Pihak berkuasa telah berusaha sedaya upaya untuk menyelematkan keadaan namun kita tidak mampu mengatasi takdir dari Yang Maha Esa. Di harap setiap orang tidak mengambil kesempatan menyebarkan fitnah dan menuding menyalahkan mana-mana pihak. Biarlah pihak berkuasa membuat penyiasatan dan kesimpulan untuk keadilan semua.

Takziah kepada keluarga mangsa.

Sunday, 16 October 2016

Othman Wok dan Rakyat Malaysia

Sejarah tak pernah menipu. Dan sejarah untuk di kenang dan di jadikan pengajaran untuk masa depan. Tetapi tidak juga mustahil sejarah mungkin akan berulang sekiranya sejarah itu hanya di dinding muzium atau di cetak di atas kertas tanpa ada pengertian. OTHMAN WOK, Nama besar kejatuhan kuasa orang melayu dan Kesultanan di Singapura satu ketika dulu dan orang penting di dalam episod pengkhianatan Kepada Bangsa Melayu, satu sejarah yang pernah terukir, dan kini akan berulang kembali apabila OTHMAN WOK VERSI MODEN muncul berkali ganda di Malaysia. Ramai OTHMAN WOK di dalam BERSIH terutamanya DAP. Hishamudin Rais,Rara,Diana Sofya,Zairil Khir Johari,Siti Kasim dan ramai lagi adalah jelmaan Othman Wok. Tidak mustahil sekiranya satu hari nanti, sejarah melayu lenyap di bumi Malaysia akan terjadi dan dalang-dalangnya adalah mereka-mereka ini. Tiada lagi air mata atau darah yang mampu ditumpahkan untuk menebus semula maruah dan tanah air.

https://rmf7.wordpress.com/2016/10/16/ini-lah-muka-pengkhianat-bangsa-melayu-di-singapura-kini-jelmaannya-banyak-dalam-pakatan/