Wednesday 16 November 2016

#Bersih5 : Kuning VS Merah

Beberapa hari jer lagi, Bersih 5 akan mengadakan Demonstrasi jalanan. Pelbagai reaksi dari pelbagai peringkat dan kelompok masyarakat membicarakan tentang ia. Dari Sidang Dewan Rakyat di parlimen sehinggalah ke Sidang-sidang kedai kopi merata Malaysia.

Menariknya tentang Bersih 5 yang juga dikenali sebagai Baju Kuning, Demonstrasi ini di lakukan bagi menuntut Pilihanraya yang lebih adil dan telus. Tetapi dalam masa yang sama, mereka juga berada di dalam sistem pilihanraya yang mereka gelar sebagai kotor dan tidak mendokong prinsip demokrasi. Banyak juga kerusi Pilihanraya Umum yang lalu yang telah dimenangi dengan majoriti amat besar seperti Di Siputeh, Gelang Patah, Ipoh Timor dan beberapa tempat lagi. Jika benar dakwaan mereka tentang sistem yang tidak telus, peliknya macam mana mereka menang besar?? Adakah mereka juga menggunakan Modus Operandi yang sama..?? Kalau BN di tuduh membawa masuk Bangla, bagaimana pula kemasukan China Doll yang memenuhi Rumah-rumah Urut di sekitar kawasan-kawasan bandar..?

Baju Merah pula yang nak turun berdemo sama kerana nak menghalang Bersih ibarat mengata dulang paku serpih. Namun jika dilihat daripada sudut demokrasi, jika Baju Kuning menuntut hak mereka berhimpun, Baju merah juga perlu di berikan hak yang sama. Tidak perlu ada Double Standard di dalam isu ini. jika ingin mengelakkan keadaan tidak tenteram, kedua-dua pihak harus di halang dari melakukan perhimpunan mereka. Mudah.

Jadi, pihak PDRM seharusnya melakukan tugas hakiki mereka iaitu menjag ketenteraman awam dan kedua-dua pihak Kuning dan Merah harus menghormati Undang-undang yang telah kita gunapakai semenjak dahulu lagi.

semoga berjaya kepada PDRM, Merah dan Kuning.

Saturday 5 November 2016

Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2016 Persatun Bolasepak Melayu Malaysia : PBSM Perak vs Penjara FC

Perlawanan Bola sepak Kejohanan Bolasepak Piala Emas Raja-Raja 2016 diantara Pasukan PBSM Perak menentang Pasukan Penjara FC bertempat di Stadium Mini Penjara Kajang. Separuh masa pertama,Pasukan Penjara FC Mendahului dengan 1jaringan. Ini merupakan perlawanan kedua kumpulan B dimana semalam 4hb November 2016, perlawanan pertama telah berlangsung.