Tuesday 12 March 2013

Parlimen Malaysia Bubar

Alahai, dua tiga bulan nie sibuk pasal pembubaran Parlimen Malaysia.. Semua orang tak sabor kan.. Smpy ada yang tanya bila Perdana Menteri nak bagi tarikh Pilihanraya... Macam-macam tuduhan ada... Macam Astro lak.. Yang duk ulang-ulang pun macam Astro jugak... Kat sini aku teringin nak share sket tentang perjalanan bagaimana Malaysia jalankan Pilihanraya dan Bila Parlimen boleh bubar...

Yang pertama, Bagaimana Parlimen Malaysia dibubarkan.. Parlimen Malaysia Boleh Dibubarkan atas Perkenan Yang Di Pertuan Agong selepas mendapat nasihat atau makluman daripada Perdana Menteri... Tapi,kalau YDP Agong tak nak bubar, Perdana Menteri tak boleh bubarkan Parlimen... Atau, Parlimen boleh terbubar dengan sendirinya sehingga tempoh tamat Parlimen bersidang iaitu 5 tahun daripada tempoh Parlimen bersidang buat kali pertama (Tak Silap Aku la kan..kalau salah tolong betulkan..)

Yang Kedua, Pilihanraya Umum hanya akan berlangsung setelah Parlimen dibubarkan dan Kuasa untuk Menentukan Tarikh Penamaan Calon,Tempoh Kempen dan Juga Tarikh Mengundi ialah Kuasa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.. Jadi takder istilah yang tarikh Pilihanraya ditentukan oleh Perdana Menteri...

Perdana Menteri pulak,akan fikirkan masa yang sesuai dimana tidak akan ada isu-isu keselamatan dan juga perkara-perkara yang menyebabkan keselamatan dalam negara terjejas... Sebab itu, rusuhan,himpunan dan segala nan lagi perlu dihentikan supaya keadaan tenang dan rakyat mampu membuat pilihan yang tepat semasa Pilihanraya Umum nanti tanpa ada tekanan daripada mana-mana pihak...

Jadi, bagi sesiapa yang suka sangat percaya kepada cakap-cakap kosong tu cuba bukak balik Laman web Suruhanjaya Pilihanraya dan juga Baca Perlembagaan Malaysia walaupun bukan semua supaya kita tak la diperbodohkan... Jangan jadi pak turut atau lembu dicucuk hidung sebab Allah dah kurniakan kita Akal untuk berfikir dan menimbangkan apa yang kita baca,dengar dan lihat.. Yang mana baik dan yang mana buruk... Jika kita amalkan penyakit hati,takder sapa yang mampu ubatkan dan juga bantu bersihkan.. Jangan ada dengki dan dendam..semua tu hanya merosakkan diri kita jer...

Bersabarlah walaupun kita dah tak sabar sangat nak pergi mengundi dan biarlah kita jadi warganegara yang prihatin dan bertanggunbgjawab untuk keluar mengundi serta membuat keputusan untuk masa depan Negara Kita, Malaysia...


"Marilah mari, kita mengundi..Tunaikan Kewajipan Pada Negara......"


Moh Kita Kelaut


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment