Sood seorang peniaga kedai makanan. Sood ada 3 Orang
pekerja. Mohsana Tukang Masak, Mohsini Tukang Bancuh Air dan Mohsitu tukang
ambil order. Sehari, Sood dapat income RM 1,000.00. Selepas dia tolak modal
harian dia, iaitu barang mentah dan basah, ada la balance RM 300.00. Jadi
Sebulan dia ada RM 9,000.00 sebab dia tak ambil cuti pun. 30 hari sebulan dia
meniaga. Sood jual nasik ayam RM 5.00 dan Teh O Ais RM 1.50. Setiap bulan Sood
akan Bayar gaji pekerja dia ikut gaji Minimum semasa, RM 1,000.00 seorang. Jadi
Gaji pekerja Sood adalah RM 3,000.00. Jadi Sood ada baki lagi RM 6,000.00. Sood
ambil gaji dia RM 2,000.00 Sebulan. Sekarang baki dalam akaun Sood ada RM 4,000.00. Sood bayar sewa kedai RM
1,000.00 sebulan, Elektrik dan air RM 500.00 sebulan. Baki Sood sekarang
tinggal RM 2,500.00.
Datang la Seorang Atuk nie, makan kat kedai Sood. Dia bagitaw
Sood dia nak jadi Ketua kampung tempat Sood meniaga tu. Dia cakap, dia nak
jadikan semua orang kat kampung tu gaji minimum sebulan RM 1,500.00. Dia nak
turunkan pulak harga barangan kat kedai-kedai kat situ. Sood pun penuh semangat
sebabnya, nanti Sood boleh la untung lebih sebab harga barang dah turun. Jadi
Sood pun beria-ia berkempen kat orang kampung supaya pilih Atuk nie jadi ketua
kampung.
Nak dijadikan cerita, satu petang Sood duduk di atas pangkin
rumahnya. Dia pun mengelamun berkira-kira untung yang dia akan dapat bila Atuk
nie jadi ketua kampung nanti.
Pendapatan sehari = RM 1,000.00
Pendapatan sebulan = RM 30,000.00
Kos sehari (barang mentah) = RM
700.00
Kos Sebulan (barang metah) = RM 21,000.00
Kos Sebulan (Pengurusan) = RM
7,000.00
(Gaji
Minimum RM 1,500.00 x 3 Orang Pekerja -> RM 4,500.00 / Gaji Sood -> RM
2,500.00 = RM 7,000.00)
Kos (Utliti) = RM 1,500.00
PENDAPATAN
KOS
JUMLAH RM
30,000.00 RM 29,500.00
BAKI RM
500.00
Bila sood kira-kira balik, rupanya Sood tak untung macam
sebelum nie. Kalau Sood nak naikkan gaji minimum pekerja dia dan nak tanggung
semua kos, Sood wajib naikkan Harga Jualan dia. Baru Sood boleh dapat untung. Jadi
Sood terus Naikkan harga jualan Nasi Ayam dia dari RM 5.00 kepada RM 6.50 dan Teh
O Ais dari RM 1.50 kepada RM 2.50.
Nasib baik Sood tersedar awal, dan Sood mula berhenti
mendengar cakap Atuk tu. Dan Sood pun berhenti berkempen sebab Sood dah sedar
yang apa Atuk tu cakap sebenarnya tak Boleh pakai. Membohong jer nak turunkan
Harga Barang tapi nak naikkan Gaji minimum.
Nasib baik Sood tersedar awal, kalau tidak tentu Sood rugi
dan pekerja Sood lari meninggalkan Sood sebab Sood tak akan mampu bayar Gaji
mereka lagi. Dan Semestinya Sood akan jatuh Bankrap bila Sood dah tak ada pendapatan sebab Kedai Sood dah tutup. Hanya kerana mendengar kata-kata Atuk
yang dah semakin Uzur.