Masalah perebutan kerusi diantara Pemimpin Pembangkang terutama didalam PKR nampaknya takkan berakhir.. Adakah pertumpahan darah akan terjadi apabila dua orang Bekas Pegawai Tertinggi ATM yang telah bersara ini merebut kerusi DUN di Behrang?? Maklum la,kan dua-dua asykar... Dah biasa berperang... Takut pasal satu kerusi, bunyi tembakan dan bedilan bom berbunyi di Behrang.. Merebak pulak Serangan pengganas ke Behrang dari Sabah, Ke seberang laut... Sejarah Politik Perak pernah tercatat semasa tahun 2008 apabila Pembangkang sekarang telah mendapat mandat menjadi kerajaan,tetapi undang tubuh Negeri Perak memaksa mereka mengambil masa untuk mencalonkan Nama Menteri Besar kepada Istana untuk diperkenankan.. Setelah perbincangan, Sultan Perak telah berkenan memilih Nizar Bin Jamaluddin dari PAS walaupun PAS hanya memengani 6 Kerusi..
Rentetan daripada peristiwa itu, Pembangkang kini amat yakin akan memenangi semula Kerusi-kerusi yang dipertandingkan seterusnya mampu membentuk Kerajaan Negeri Perak.. Pembangkang kini sebenarnya sedang membogelkan diri mereka sendiri dan menunjukkan rupa sebenar mereka yang asalnya tamakkan kuasa.. Apa yang terjadi sekarang ini menunjukkan yang mereka bukannya ingin berkhidmat tetapi sebenarnya mahukan Jawatan sebagai Menteri Besar.. Kerana itu, mereka berebut-rebut untuk menjadi calon dengan harapan sekiranya menang kelak, mereka akan diangkat menjadi menteri besar... Inilah kesepakatan yang membawa kehancuran kepada Pembangkang.. Mereka sepakat dalam pakatan menumbangkan kawan untuk jawatan.. Kalaulah mereka ini yang dipilih pengundi sebagai wakil mereka,nescaya Perak akan menjadi kapal karam bukan disebabkan gelombang politik tetapi disebabkan nakhoda yang ramai... Untuk Pilihanraya Umum Ke 13 ini, buatlah pilihan yang tepat dimana Barisan Nasional adalah satu-satunya pilihan yang boleh diharap menerajui Negeri Perak...
Moh Kita Kelaut
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment