Kecoh ada yang kata pasal ucapan DS Najib tentang Peralihan kuasa berlaku dalam keadaan aman.. Dan ramai yang komen sebab rasa deme PAS,PKR dan DAP akan menang... Persoalannya, adakah mereka akan redha menerima ketentuan Allah sekiranya Barisan Nasional Masih lagi memerintah Malaysia??? Adakah mereka akan pastikan tiada rusuhan berlaku dan juga provokasi seperti 16 Mei sekiranya mereka Menang???
Seperti dahulu lagi, PAS,PKR dan DAP suka menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional... Semua perkara disalahkan... Harga minyak dunia naik,BN ke yang perlu disalahkan?? Harga beras naik,BN ke yang perlu disalahkan?? Harga gula naik, BN ke yang Perlu disalahkan?? Harga rumah naik, BN ke yang perlu disalahkan?? Harga Tayar naik, BN ke perlu disalahkan?? Harga Makanan naik, BN ke perlu disalahkan?? Malaysia BUKAN negara KOMUNIS... Semua kerajaan Kawal... Kenapa bila minyak naik seposen, barang semua nak naik, sedangkan minyak turun seposen harga barang tak turun... Oii sedara, peniaga kat Malaysia nie semua bijak, terutama towkey-towkey cina tu... Bila minyak naik, kos naik la...upah naik la.. Tapi bila turun, tak boleh turun harga..kita suda rugi... Tapi tiap-tiap tahun tuka kete baru... Harga kereta mahal konon, tiap-tiap bulan bersepah kete baru keluar duk menjalar atas jalanraya...
Adakah BN yang salah bila Bandaraya-bandaraya dalam Malaysia nie dipenuhi dengan kereta-kereta baru..?? Jalan jem disebabkan pertambahan kereta...??? Adakah salah BN bila ramai yg dpt pinjaman PTPTN untuk sambung belajar..??? Adakah salah BN bila PTPTN tu jadi biasiswa apabila student nie dpt keputusan cemerlang..?? Adakah salah BN bila anak-anak nie salah guna duit PTPTN tu untuk enjoy...?? Adakah salah BN jika anak-anak ini sibuk berpolitik berbanding belajar dengan menggunakan duit PTPTN tu..?? Adakah salah BN jugak bila mereka nie gagal dalam pelajaran mereka..???
Adakah semua salah BN apabila ramai orang yang berhutang dan jadi Bankrap..?? Adakah salah BN bila rakyat sibuk nak berhutang sebab nak bermegah-megah..?? Adakah semua salah BN..????
Fikir-fikirkan lah, setiap manifesto yang dijanjikan Pembangkang sebenarnya adalah satu perkara mustahil... Sangat-sangat mustahil...
Moh Kita Kelaut
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment