Monday 8 April 2013

PAS Jual Gula-Gula !!

Malam nie, Di Pengkalan Pegoh, DUN Sg. Rapat, Calon bagi kerusi DUN diumumkan.. Ustaz Radzi Zainon sekali lagi menggalas cabaran PAS sebagai calon Kerusi Sungai Rapat.. Bakal bertembung satu lawan satu dengan Calon dari Barisan Nasional... Ceramah juga diadakan sebelum pengumuman calon.. Ceramah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Bin Abu Hassan... Kehadiran dianggarkan tak sampai 150 orang.. Lebih banyak ruang kosong... Nampak sangat ditolak penduduk sekitar Pengkalan Pegoh...

Sebelum Pengumuman Calon, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak sempat lagi jual gula-gula... Kali nie, dia jual gula-gula untuk suri rumah pulak.. Dia cerita yang sekiranya PAS, PKR dan DAP menang, Satu skim Caruman untuk suri rumah akan dilaksanakan.. Daripada Pilihanraya Umum Ke 12, bermacam-macam janji dan manifesto dibuat oleh pembangkang.. Pusat lain dan negeri lain... Kalau di Selangor, Manifesto bukan janji.. Kalau di Kedah, manifesto cuma cadangan, belum pasti pelaksanaan...

Skim caruman ini akan mendapat dana sebanyak 3 Billion Ringgit Malaysia daripada keuntungan Petroleum... Keuntungan Petroleum dari mana??? Dah tentu dari Petronas kan.. Pembangkang cukup pandai nak cari duit untuk poket diaorang.. Disebalik slogan "Negara Kebajikan", deme nie goreng semua orang.. RM 3 Billion tu diambil dan akan dilaburkan untuk suri rumah.. Selepas tempoh matang baru diberi kepada suri rumah tu.. Atau terjadi bencana dan kemalangan kepada ketua isi rumah.. Malangnya, deme tak pernah nak bagitaw pelaksanaan skim tu macam mana.. Asyik dengan rancangan dan manifesto.. Lepas tuh duk main rembat merata.. Apa jaminan yang RM 3 billion tu takkan disalahguna??? Macam mana nak pastikan yang semua suri rumah akan terima faedah daripada skim tersebut ???

Cakap memang mudah, tapi melaksanakan cukup susah.. Setakat 5 tahun lepas, nak bagi RM 100 sebulan pada suri rumah di Selangor seperti dalam Manifesto PRU 12 pun payah nak buat.. Sampai dah abis tempoh, sampai duk bawak masuk Makhamah... Tapi seperti biasa, orang Pengkalan Pegoh tak berapa suka makan gula-gula.. Takut kene kencing manis... Hehehehe

Moh Kita Kelaut


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment