Friday 5 April 2013

#BNBagus : Perasmian Loji Olahan Kumbahan Awam Taman Ipoh

Hari ini, 5 April 2013 jam 3.30 petang, Satu Majlis Perasmian Loji Ulahan Kumbahan Taman Ipoh Milik Indah Water Konsortium telah disempurnakan Oleh Menteri Kewangan II , YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Kehadiran penduduk sekitar hampir 400 orang memberikan sokongan kepada Majlis ini dan mengucapkan terima kasih kerana adanya Loji Olahan Kumbahan ini yang lebih sistematik..

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa dan Ucapan Aluan oleh Ybhg Datuk Ir Abdul Kadir Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium. Beliau memaklumkan bahawa Loji Olahan Kumbahan Taman Ipoh berteknolgi tinggi dan menggunakan bahan yang mesra alam.

YB Dato' Seri Ahmad Husni melahirkan rasa bangga dan terima kasih kepada IWK diatas pembukaan loji tersebut yang dapat memberikan keselesaan kepada Warga Taman Ipoh dan Taman Canning. Beliau juga menekankan bahawa Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menitik beratkan keselesaan rakyat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka.



Moh Kita Kelaut



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment