Saturday 8 June 2013

EXCO Belia dan Sukan Perak Bersama Skatters

EXCO Belia Dan Sukan Negeri Perak yang baru, Datuk Shahrul Zaman yang jugak ADUN Rungkup memang rendah diri.. Dengan Pakaian Ala Skatters, beliau bersama-sama Puluhan Skatters di Program Ngelupor Fox Fest yang telah diadakan di Public Park, Sungai Kinta. Program tersebut menghimpunkan pemain-pemain skateboard dari sekitar Bandaraya Ipoh dan Bandar-bandar Sekitar seperti Batu Gajah, Teluk Intan, Kuala Kangsar dan lain-lain. Beliau amat menyokong program yang sihat seperti itu yang dapat mengumpulkan remaja dan belia dari melakukan perkara dan gejala keruntuhan moral. Beliau juga amat gembira kerana dapat mencuba sendiri bagaimana rasanya bermain skateboard. Rata-rata peserta kagum dan gembira dengan kehadiran YB Datuk ke program tersebut disamping menyatakan terima kasih mereka kerana mendapat sokongan Kerajaan Negeri Perak diatas usaha mereka mengumpulkan pemain-pemain skateboard di Perak. Program dianjurkan oleh Petubuhan NGO- MESCO atau Pertubuhan Kebajikan Pemuzik Dan Sukan Lasak Perak. Pilihan YAB Menteri Besar dengan meletakkan YB Datuk sebagai EXCO Belia dan Sukan sangat tepat... Sikap rendah diri dan suka bergaul dengan golongan Belia menampakkan bahawa YB Datuk sangat dekat dengan Rakyat Golongan Umur remaja dan belia ini... Kesudian beliau untuk mencuba juga memberikan semangat kepada peserta Program tersebut.. InsyaAllah, dengan kehadiran YB Datuk, sukan di Negeri Perak akan lebih menyerlah...


Moh Kita Kelaut



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment