Wednesday 1 January 2014

Majlis Mesra Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar bersama Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak

Sambutan tahun baru 2014 bagi Pemuda UMNO Parit Buntar mempunyai kelainan apabila menganjurkan Majlis Makan Malam bersama Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang baru iaitu Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor. Majlis ini untuk merapatkan lagi saf Kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar bersama Kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Perak yang baru.

Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak menyampaikan amanat agar setiap ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar bermula sekarang telah bersiap sedia menjalankan amanah dan tugas untuk memastikan Parlimen Parit Buntar dan juga 3 DUN di Parlimen Parit Buntar dapat dirampas kembali.

Turut hadir di dalam Majlis ini ialah Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Naib Ketua Bahagian Parit Buntar, Penasihat UMNO Bahagian Parit Buntar, Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Buntar, Ketua Puteri UMNO Bahagian Parit Buntar,  Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang dan Larut dan Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan di Bahagian Parit Buntar serta Rombongan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timor.

Moh Kita Kelaut

No comments:

Post a Comment