Thursday 22 May 2014

#PRKTelukIntan : 2 Ideologi, 1 Darah




  



27 tahun yang lalu, kedua-duanya lahir ke dunia ini. Mereka dilahirkan di dalam keluarga yang sememangnya aktif didalam politik tanah air. Kedua-dua buah keluarga merupakan penyokong kuat Parti UMNO. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan juga perhatian, mereka merupakan sepupu yang rapat. Walaupun berlainan jantina, tidak menghalang mereka berkongsi minat dan juga kisah-kisah kehidupan bersama keluarga dan rakan-rakan. Mereka mempunyai pertalian darah dimana kedua-dua ibu mereka merupakan adik beradik kandung. Kini, mereka berdua juga aktif didalam bidang politik tetapi membawa haluan masing-masing. 

Hazimi Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Jimmy meneruskan legasi keluarganya dengan menjadi Ahli UMNO manakala sepupunya Dyana Sofya Mohd Daud memilih jalan berbeza dari legasi keluarganya dengan menjadi ahli Parti DAP. Selama ini, kedua-dua orang tua mereka memperjuangkan nasib Bangsa Melayu melalui Parti Keramat UMNO. Sehingga kini, orang tua mereka masih lagi merupakan ahli Parti UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional.

Kedua-duanya membesar di dalam persekitaran melayu moden dan mendapat pendidikan serupa di sekolah bantuan penuh kerajaan. Mereka juga diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi. Dyana diberi Peluang melanjutkan pelajaran di Universiti yang memperjuangkan nasib Orang Melayu iaitu Universiti Teknologi Mara. Dyana melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang dan kini menjadi seorang Peguam sesuai dengan kelulusan yang dimiliki. Kedua-dua mereka mempunyai satu persamaan yang ketara. Kedua-duanya merupakan Pegawai Khas kepada Pemimpin Parti Politik. Hazimi merupakan pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor manakala Dyana merupakan Setiausaha Politik Kepada Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga Merupakan Penasihat Parti DAP. Keakraban mereka semasa kecil dan juga perjalanan hidup mereka tidak menjanjikan siapa mereka pada hari ini.

Dyana merupakan calon kepada Parti DAP untuk Pilihanraya Kecil P076 Parlimen Teluk Intan menentang Presiden Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang mewakili Barisan Nasional. Diusia yang masih muda, peluang ini mungkin tidak akan ditolak oleh Dyana tetapi andai pengalaman diambil kira, pastinya ianya merupakan tugas berat kepada Beliau. Ideologi yang dibawa oleh Dyana sama sekali tidak sama dengan sepupunya dimana Dyana lebih membawa Ideologi Parti DAP yang mana dikenali dengan Ideologi Komunis. Menuntut kesamarataan untuk semua merupakan agenda penting Parti DAP sekaligus menafikan Hak bumiputera seperti terkandung di dalam kontrak sosial semasa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Dyana juga seolah-olah menafikan sumbangan kontrak sosial sebelum ini yang melindungi hak Orang Melayu yang mana telah memberi manfaat kepada beliau dari dahulu sehinggalah ke hari ini hanya kerana mahukan pengundi bangsa lain menyokong beliau. Kesediaan Dyana untuk menafikan hak Bumiputera disebabkan kerana mengikut telunjuk Mentornya.

Hakikat yang perlu diketahui tentang tujuan utama Parti DAP di dalam politik Malaysia ialah untuk menafikan hak milik Bumiputera iaitu Bangsa Melayu yang terkandung di dalam Perlembagaan dan juga Hak Agama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia. Akibat daripada prinsip keterbukaan yang diamalkan, maka sesorang mungkin mudah melupakan perjuangan nenek moyangnya untuk memastikan generasi muda hidup dalam keadaan harmoni, tenteram dan juga mampu bersaing dengn bangsa lain. Perbezaan ketara diantara dua individu ini dimana Hazimi lebih mengerti keperitan pejuang terdahulu dalam memastikan kehidupan mereka dan keturunan mereka terbela di tanah air sendiri. Tidak seperti Dyana yang seakan kacang lupakan kulit kerana setelah berjaya mencapai cita-citanya, beliau sudah tidak mahu memperdulikan nasib bangsanya.


Dan sudah pastinya, seandainya beliau memenagni pilihanraya kecil ini dan menjadi Ahli Parlimen, beliau juga akan melupakan pengundinya untuk mengejar cita-cita beliau. Wajahnya hanya akan dapat dilihat oleh pengundi pada waktu Pilihanraya yang lain bagi mempertahankan kerusi atau lebih malang, beliau akan mengikut jejak langkah Mentornya, melompta ke Parlimen lain semata-mata mahu meneruskan kelangsungan politik sempit mereka.


Moh Kita Kelaut


No comments:

Post a Comment