Monday 19 May 2014

#PRKTelukIntan : Siapa Tertipu ??

Hari ini, yanggal 19 Mei 2014 merupakan hari Penamaan Calon Bagi Pilihanraya Kecil P076 Parlimen Teluk Intan berikutan kematian Penyandang sebelum ini yang mewakili Parti DAP. 2 orang calon disahkan Bertanding. Seorang Calon dari Parti Barisan Nasional dan seorang Lagi dari Parti DAP. Calon dari Barisan Nasional ialah Presiden kepada Parti Komponen BN iaitu Presiden Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong manakala Dyana Sofya mewakili Parti DAP. Pertandingan dua penjuru ini dianggap sebagai medan Orang Lama menentang Orang Muda bagi merebut Kerusi Parlimen P076 Parlimen Teluk Intan. Datuk Mah merupakan bekas Ahli Parlimen Teluk Intan pada PRU 11 Pada Tahun 2008 dan telah lama bergiat dalam Politik di Malaysia. Manakala Dyana Sofya yang merupakan Graduan Undang-undang daripada Universiti Teknologi Mara merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimem Gelang Patah, Lim Kit Siang dan baru berumur 27 tahun.

Bedasarkan pengalaman samada di bidang politik atau kemasyarakatan, ternyata Datuk Mah mempunyai kelebihan berbanding Sofya. Walaupun begitu, trend pengundi kini dilihat lebih terarah kepada Logo Parti Politik yang bertanding berbanding keupayaan calon-calon dalam membela nasib rakyat. Sebagai contoh, YB Lim Kit Siang sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timor selama 2 penggal tetapi sukar untuk melihat Beliau turun ke kawasan yang dimenanginya sebaliknya lebih suka menyalahkan dan melepaskan tanggungjawabnya kepada pihak lain berbanding menyelesaikan masalah. Jika dilihat dari keupayaan membela nasib rakyat, YB Lim Kit siang sebenarnya gagal menjalankan amanah yang diberikan kepadanya. Namun begitu, beliau masih dipilih menjadi Ahli Parlimen bagi penggal terbaru di Gelang Patah. YB Lim Kit Siang dilihat sebagai Mentor kepada Dyana Sofya,  Calon Parti DAP di PRK Teluk Intan. Jadi tidak mustahil juga, Dyana Sofya bakal menjadi Seorang Ahli Parlimen yang bakal meninggalkan tanggungjawabnya kepada pihak lain di Parlimen Teluk Intan.

Jika dilihat, Parti DAP lebih memilih kepada kawasan yang dianggap Selamat. Dimana, Pengundi-pengundi Cina merupakan Majoriti atau hampir separuh berbanding bangsa lain. Ianya antara taktik untuk memastikan kemenangan. Bagi bangsa Cina, Kepimpinan tertinggi DAP akan turun sendiri berjmpa pengundi manakala pengundi bangsa lain seperti Melayu dan India, Parti PAS dan PKR akan dikerahkan untuk meraih Undi atas nama Pakatan Rakyat. Sebaliknya, andai kawasan Pilihanraya itu  mempunyai Pengundi Melayu atau India yang lebih dari segi majoriti, maka Parti DAP akan memandang sepi kawasan tersebut dan tidak menghantar petugas untuk membantu jentera. Kawasan yang sering ditandingi oleh Parti DAP pula merupakan Kawasan Bandar berbanding kawasan Luar Bandar dimana setiap wakil rakyat yang menang tidak perlu bersusah payah untuk menjalankan kerja kerana terdapat PBT yang akan mengambil alih tugas mereka selain pengundi atau rakyat lebih bijak membuat aduan terus kepada pihak bertanggungjawab.

Kesimpulannya, setiap kali Parti DAP ingin bertanding di Pilihanraya samada Umum atau Kecil, Pengundi dan Petugas Parti terutamanya Parti PAS akan terus di Perbodohkan untuk memastikan kemenangan Parti DAP, Bukan Pakatan Rakyat. Dan Pengundi juga akan terus diperbodohkan oleh Pemimpin-pemimpin Parti DAP untuk menyokong mereka sebaliknya yang menjalankan tugas adalah pihak lain. Justeru itu, setiap undi pengundi tidak kira dimana perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana, anda masih tinggal di rumah yang memerlukan bayaran bulanan dan membayar wang ansuran kenderaan, sebaliknya, Wakil Rakyat yang anda pilih senang lenang mendapat elaun atas air mata anda dan kemewahan tanpa anda sedari mereka mengabaikan anda. Pilih mereka yang terbukti seringkali mendengar dan membantu menyelesaikan masalah anda berbanding yang pandai berkata-kata tetapi sebenarnya pengkhianat kepada amanah yang diberikan.

Moh Kita Kelaut

No comments:

Post a Comment