Saturday 15 October 2016

Piala Agong Edisi 2016 : Negeri Sembilan vs Perak

Hari ini, 15hb Oktober 2016 akan berlangsung Perlawanan Bola Sepak Piala Agong, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Edisi 2016 di antara Pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Sembilan menentang Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Perak di Stadium Paroi, Negeri Sembilan. Sepak mula jam 8.45 malam. Pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Sembilan merupakan Johan Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja Edisi 2015 manakala Pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Perak penyandang Juara Piala Agong Edisi 2015.

Pasukan Perak yang bertandang ke Stadium Paroi pasti akan berusaha habis-habisan untuk muncul juara seterusnya melakarkan rekod Memenangi Piala Agong buat kali keempat berturut-turut menyamai rekod Singapura yang sebelum ini muncul juara Piala Agong sebanyak 4 Kali berturut-turut manakala pasukan tuan rumah Negeri Sembilan akan menahan asakan Pasukan Perak dan memastikan kemenangan untuk mengumpul koleksi kejuaraan selepas muncul Juara Piala Emas Raja-Raja edisi lepas. Selain itu, Pasukan Negeri Sembilan yang belum pernah memenangi Kejuaraan Piala Agong pastinya ingin melakarkan kemenangan apatah lagi bermain di laman sendiri dan mendapat sokongan penyokong tempatan.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan kesebelasan pemain terbaik mereka dengan campuran pemain pengalaman dan pemain muda. Perlawanan malam ini pastinya sengit dan penuh debaran. Semoga berjaya kepada pasukan yang bertanding.

No comments:

Post a Comment