Friday 22 March 2013

Pemuda PAS Sediakan Keranda Untuk Anwar

Pemuda PAS Perak bersedia untuk membacakan Talkin dan juga Telah menyediakan Keranda buat Anuwar Ibrahim Di Perak..

Pemuda PAS Perak melalui Timbalan Ketua Pemudanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Pemuda PAS Perak mengalu-alukan kedatangan Anuwar Ibrahim ke Perak untuk bertanding di kerusi Parlimen bagi PRU ke 13 nanti.. Pemuda PAS Perak juga mencadangkan supaya Anuwar Ibrahim Bertanding di Kerusi Parlimen Lumut iaitu Kerusi yang ditandingi oleh PKR pada PRU ke 12 yang lalu.. Apakah maksud sebenar Pemuda PAS Perak diatas sokongan dan jemputan itu?? Adakah Pemuda PAS ingin melihat Anuwar Ibrahim tersungkur di Lumut kerana selalu memperlekehkan keputusan Kepimpinan PAS dan Majlis Syura??? Atau dengan niat dan harapan agar Presiden PAS, Haji Hadi Awang menjadi Perdana Menteri?? Kenapa Di Lumut??? Adakah kerana mereka memikirkan Pengundi Lumut mudah ditipu dan di gula-gulakan???

Aku melihat senario ini samada Pemuda PAS bodoh atau Terlebih Cerdik dalam membuat keputusan.. Nak Jemput Orang Yang popular sebab nak menang Kerusi Parlimen... Tetapi mereka tak ambil kira tentang beban yang akan mereka terima nanti.. Kalau setakat datang buat ceramah di Lumut, Lepas tu ramai yang datang dengar belum tentu akan ramai yang mengundi... Di Lumut, orang dah benci dengan Anuwar sebab tak ambil tindakan ke atas Tian Chua atas keceluparan dia menghina Pasukan Keselamatan Negara...

Jadi, Pemuda PAS Perak, Samada telah menyediakan keranda atau telah bersedia untuk membacakan talkin kepada Karier Politik Anuwar...


Moh Kia Kelaut



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment