Wednesday 10 April 2013

#PRU13 : PAS vs PKR Version 1


DR MUHAMMAD NUR MANUTY

Di atas Ialah Calon PKR bagi Kerusi Parlimen Bagan Serai. Sebelum ini, pada Pilihanraya Umum Ke 12 Tahun 2008, Kerusi tersebut milik Pas... Dalam satu kenyataan oleh Presiden Pas Dato' Seri Hadi Awang seperti dibawah...

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi sebuah akhbar hari ini menyatakan PAS tidak akan melepaskan 76 kerusi Parlimen dan 237 kerusi DUN kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (DAP dan PKR), kecuali melalui pertukaran kerusi.

Ini merupakan siri pertama perebutan kerusi diantara PAS dan PKR....
Lihat SINI

Sekarang nie dah keluar ayat baru dari Nizar Lambai yang bagitaw tunggu mesyuarat Pakatan Pusat...


Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, penentuan calon bagi PRU13 kemungkinan hanya akan diketahui selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, esok.

"Sebab kita hanya menerima keputusan muktamad yang rasmi bertulis daripada Pakatan Pusat," katanya ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut selagi belum mendapat kenyataan rasmi dari PAS dan juga Pakatan Rakyat.




Moh Kita Kelaut




No comments:

Post a Comment