Monday 18 March 2013

Perang Saudara Di Bagan Serai !!

Perang di Lahad Datu nampaknya dah surut... Sekarang tengah sampai masa nak permbersihan kawasan jer... Tapi malangnya, Perang Saudara pulak dah merebak ke Bagan Serai... Masakan tidak, PAS dan PKR yang dianggap abang dan adik dah nak isytihar perang di Bagan Serai merebut kerusi Parlimen... PAS dah declare nak letak Calon PAS bertanding di Kerusi Bagan Serai, Alih-alih Anuwar Umumkan Wakil dari PKR yang bertanding di kerusi itu... Anuwar umumkan calon yang akan bertanding tu masa Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai pada 15 Mac 2013... Dr Muhamad Nur Manuty, Pengerusi PKR Negeri Perak diletakkan calon oleh Anuwar untuk bertanding di kerusi Bagan Serai... Aku dapat pulak maklumat yang ahli PAS Bagan Serai Boikot program tu sebab tak puas hati...

Semasa program tu berlangsung, kelihatan Nizar Lambai ada sekali bersama barisan Pemimpin Pembangkang di bawah pentas ceramah, tetapi nama Nizar Lambai tak disebut pun oleh Pengerusi Majlis malam tu... Malah tidak dijemput beri ceramah diatas pentas walaupun posternya ada... Kat sini petikan artikel dar blog pembangkang....

"Pengerusi majlis program Jelajah Merdeka Rakyat malam tersebut memang wajar belajar adap dan sopan kalau sayangkan semangat Pakatan Rakyat, sehinggakan dalam ucapan alu-aluan pengerusi pun nama DS Nizar tidak disebut. Mengapa..?? Adakah terlupa..? Sedangkan bukan ada ramai pun pimpinan PR yang hadir pada malam tersebut.

Ramai dikalangan hadirin yang datang tertanya-tanya kenapa DS Nizar tidak diberi peluang berucap diatas pentas malam tersebut,muka beliau ada terpampang di poster dan sedangkan beliau juga adalah pengerusi PR Perak,pengerusi majlis terpekik terlolong membuang masa boleh pula. "Seolah-olah kehadiran atau kedatangan DS Nizar tidak di-undang pengajur"- kata seorang rakyat diprogram tersebut."

Sumber : http://orangni.blogspot.com

Paper Sinar Harian hari ini pulak keluar artikel pasal PAS akan terus berjuang mendapatkan semula Kerusi Parlimen Bagan Serai dan Dun Alor Pongsu daripada PKR.. Nampaknya Perang Saudara diantara PKR dan PAS tidak dapat dielakkan lagi... Kalau setakat satu dua kerusi pun tak boleh nak selesaikan, macam mana nak selesaikan masalah sebuah negeri, apatah lagi sebuah negara... Iniker ruper wakil rakyat yang kita nak angkat mewakili kita nanti... Fikir-fikirkanlah, jika tidak kita....

Moh Kita Kelaut



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment