Sunday 10 March 2013

Gegor Gempor Siber Di Perak @KhairyKj @ZambrAbdKadir @AzwanBro @TunFaisal

Hujung Minggu yang baru berlalu ini, satu kursus Iaitu Kursus Simulasi Jentera Siber BN telah diadakan bermula 8-10 Mac di Hotel Seri Malaysia. Kesinambungan kursus ini ialah daripada penubuhan Unit Media Baru Negeri Perak pada 24hb Februari 2013 di Himpunan Jentera Pemuda Barisan Nasional bertempat di Kediaman Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Kursus Simulasi Jentera Siber ini telah dirasmikan Oleh Y Bhg Ketua Pemuda UMNO Perak, Sdr Khairul Azwan Harun. Turut hadir Pengerusi Unit Media Baru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Sdr Tun Faisal Ismail Aziz dan Juga Pengerusi Unit Media Baru Negeri Perak, Sdr Hairul Anwar Mohamed Noor.

Jentera Siber BN Perak ini atau lebih dikenali sebagai BNYCT akan menjadi agen dan penyampai maklumat terus kepada orang awam atau lebih tepat Pengundi-pengundi di setiap parlimen di dalam Negeri Perak. Maklumat yang disampaikan lebih pantas dan mampu menolak fitnah serta agenda jahat Pembangkang seterusnya memberi keyakinan kepada rakyat tentang dasar-dasar dan janji-janji Barisan Nasional yang selalu ditepati.

Diharapkan, BNYCT atau Jentera UMB Perak mampu memberi impak besar kepada Barisan Nasional Negeri Perak serta menghapuskan penguasaan Troopers pembangkang di alam siber. Kehadiran mereka juga akan mampu memberi kesedaran kepada orang awam tentang betapa kotornya tangan-tangan troopers Pembangkang yang penuh dengan tipu muslihat dan fitnah.


Moh Kita Kelaut



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment