Sunday 24 March 2013

GEMPAR !! Punca Lim Kit Siang Merajuk Hingga Ke Johor Di Dedahkan

Akhirnya punca sebenar Lim Kit Merajuk sehingga ke Gelang Patah Johor Telah Terjawab.. Hari ini, Barisan Nasional Parlimen Ipoh Timor telah Melancarkan Pasukan Gerak Gempur Pemuda Barisan Nasional Parlimen Ipoh Timor.. Kekuatan Pasukan ini Mencecah Angka 500 orang.. Perasmian dilakukan oleh YBhg Dato' Azian Osman selaku Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor.. Pelancaran ini juga menjadikan jentera Pemuda Barisan Nasional semakin dikenali dan siap siaga menghadapi PILIHANRAYA UMUM Ke 13...

Selepas Pelancaran tersebut, Pasukan ini berkonvoi Mengelilingi DUN Tebing Tinggi yang kini disandang oleh ADUN dari DAP... Konvoi 500 penunggang ini menjadikan DUN Tebing Tinggi Dilanda Gelombang BIRU... Rata-rata penduduk mengambil kesempatan bersama menyambut kehadiran pasukan ini di kawasan mereka... Sokongan mereka menjadikan Pasukan ini lebih bersemangat untuk menggempur kubu Pembangkang...

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Kepimpinan Parti Komponen Lain di Dalam Barisan Nasional Ipoh Timor iaitu YBhg Dato' Thong Fah Chong daripada MCA, En. Ong daripada PPP, En. Shanmugam daripada MIC dan Saudara Mustapa, Ketua Pemuda PPP...

Inilah Punca sebenar kenapa Lim Kit Siang melarikan diri ke Johor kerana tidak mampu untuk mencipta fitnah... Pasukan Gerak Gempur Pemuda Barisan Nasional Ipoh Timor sudah bersedia menangkis segala fitnah dan bohongan Pembangkang... Sebab itulah Pembangkang kini semakin terdesak dan kekeringan idea untuk meletakkan Calon di Kerusi Parlimen Ipoh Timor... Dan demi untuk memastikan Ketua Parti DAP itu masih menjadi Ahli Parlimen, maka dia perlu dipindahkan ke tempat yang di percayai boleh Menang...

Moh Kita Kelaut




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment: