Wednesday 20 March 2013

PAS Dah Mulakan Perang Fitnah

Nampak Gayanya PAS dah tak sabar untuk melepaskan Peluru dan Bom Pilihanraya Kali Ke 13 nie... Dah meluap-luap deme nak fitnah Barisan Nasional... Selepas Diaorang tak mampu nak Pertahankan Isu Kalimah Allah,Isu Negara Islam kepada Negara Kebajikan, Isu Nik Aziz Nyanyuk Kata Sambutan Maulidur Rasul Tak Perlu Diadakan, Isu Undi PAS Masuk Syurga dan banyak isu lain lagi,kini PAS buat Cubaan Fitnah Barisan Nasional Dengan Pengedaran Risalah dan Buku Fitnah yang dikhabarkan Puluhan Ribu keping dan telah berjaya dirampas...

Setakat nak print risalah dan buku tu, sapa pun boleh.. Tak payah susah-susah nak dapatkan permit.. Betulker itu risalah yang dicetak oleh Barisan Nasional ?? Adakah mustahil untuk PAS cetak tetapi meletakkan Logo BN di belakang ?? Apa kata kalau ini hanyalah strategi PAS untuk memfitnah BN??? Semua Orang dah tahu, Populariti PAS sudah semakin terhakis.. Ramai Penyokong PAS telah hilang kepercayaan kepada perjuangan PAS selama ini.. PAS sudah semakin tersasar dari lebuhraya Perjuangan ISLAM... Apa sahaja Fatwa dan Kutukan Pemimpinnya dahulu telah memakan diri... Terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh Pimpinan PAS sehingga sanggup menggadaikan Islam hanya untuk pastikan Anuwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri...

Apa yang PAS akan dapat??? Kalau lah PAS memegang Kerusi Majoriti (Kemungkinan yang amat tipis untuk PAS sebenarnya), boleh la nak cakap.. Ini tidak, untuk pastikan Anuwar jadi PM, Kerusi PKR haruslah melebihi kerusi PAS dan DAP.. Jadi PKR sudah menyusun Kerusi supaya melebihi kerusi Dua Parti Sahabat ini.. Andai Anuwar jadi PM, dimana kedudukan PAS... Kalau la komer nak tahu, Anuwar menganggap PAS nie parti Paling Bodoh yang boleh dia konar-konarkan... Sebab apa, sebab Dalam PKR dan DAP ramai golongan Profesional... Terutama dalam DAP, ramai giler Lawyer...

Jadi, tidak mustahil sekiranya PAS cuba untuk mencetak dan mengedarkan FiTNAH kepada BN hanya untuk survival Politik mereka... Mereka kini tidak pedulikan perkara lain hanya untuk pastikan sokongan kepada mereka terus diraih.. Tidak kisah samada ianya fitnah atau penipuan.. Tidak peduli lagi dosa dan pahala... Apa yang penting kejatuhan Bn tanpa mengambil kira Halal dan Haram...


Inikah Parti yang ingin dipilih..?? Yang cuba gadaikan Islam sebab kuasa... Dimana pegangan agama mereka..?? Dimana letaknya maruah mereka???


Moh Kita Kelaut



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment