Monday 18 March 2013

GEMPAR !! Aktivis Siber BNYCT Di Bayar RM 50k ???

Wow!!! Aktivis Siber BNYCT dibayar RM 50k ??? Ishh, bior betui... Banyak tu... Bayaran tu untuk apa??? Untuk Fitnah Pembangkang macam Pembangkang buat pada Cai-cai siber diaorang ker... Dibayar untuk fitnah dan kutuk Pemimpin Barisan Nasional ??? Aduhai... Sapa la Aktivis Siber yang akan dapat RM 50k tu...

Insentif sebanyak RM 50k ini akan diberikan kepada mana-mana aktivis siber yang menyokong Barisan Nasional tidak kira apa jua bentuk penulisan dan juga kreatif media yang mereka sumbangkan kepada Portal BNYCT... Dibawah ialah Kenyataan Akhbar YB Sdr Khairy Jamaluddin, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional...

KENYATAAN MEDIA 

YB SDR KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
PENGERUSI PEMUDA BN MALAYSIA
BAGI PELANCARAN "HIMPUNAN AKTIVIS SIBER PEMUDA BN"
BERTARIKH 16HB MAC 2013
BERTEMPAT DI ROYALE BINTANG DAMANSARA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia.

Bersyukur saya ke hadrat Illahi dapat hadir dalam majlis yang dinamakan "Himpunan Aktivis Siber Pemuda Barisan Nasional (BN") atas inisiatif BN Youth CyberTeam (BNYCT) hari ini.

BNYCT telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2012 bertujuan menyelaras dan mengkoordinasi gerakan siber Pemuda Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRU13 selepas kejayaan gerak kerja siber Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO yang ditubuhkan pada 3 Mei 2009. 

"Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN" ini bertujuan menyemarakkan lagi aktivisme siber oleh sukarelawan pro-Barisan Nasional (Pro-BN) menjelang PRU ke-13. 

Untuk makluman, himpunan ini disertai aktivis siber, terdiri dari golongan blogger, facebooker, twitterati dan aplikasi media sosial yang lain, penggiat multimedia kreatif dan selebriti tanah air Pro-BN.

Sejak penubuhan BNYCT, ia telah berjaya menarik penglibatan langsung 3,000 orang sukarelawan siber Pro-BN, membentuk dan menggerakkan pasukan BNYCT negeri Kelantan yang membantu secara aktif kempen "TUKAR" dan "Gelombang Merah", membentuk dan menggerakkan pasukan BNYCT negeri Perak bagi meningkatkan jumlah sukarelawan siber negeri tersebut dan membantu penghasilan bahan-bahan sebaran online di dalam twitter, facebook dan you tube. 

Adalah perlu dinyatakan di sini bahawa jumlah dedahan keseluruhan pelbagai profil dan page facebook ketika ini adalah sekitar 700,000 orang manakala bagi twitter adalah sekitar 250,000 orang, tidak termasuk jumlah rakan twitter saya sendiri seramai 243,000 orang.

Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN ini dimulakan dengan "Forum Aktivisme Siber Dalam Politik" yang menampilkan ahli panel terdiri dari 

1. YB P.Kamalanathan (MIC)
2. Dato' Ti Lian Ker (MCA)
3. Sdr Tang Keng Liang (Gerakan); dan 
4. Sdr Harridz Mohan (PPP). 

Tidak dilupakan penglibatan artis yang menggunakan medium siber bagi menyokong gerakan BN oleh yang demikian, moderator bagi forum ini adalah selebriti Fahrin Ahmad. 

Dalam himpunan ini juga, Pemuda BN juga turut - 

1. melancarkan aplikasi mobil BN Youth yang dihasilkan oleh sukarelawan siber BNYCT; buat masa ini, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store. Dalam masa terdekat, ia juga akan boleh dimuat turun melalui i-Tunes dan Blackberry World.

2. menyampaikan plak penghargaan dan netbook kepada sejumlah selebriti tanah air yang telah menunjukkan sokongan terbuka kepada BN seperti; Zed Zaidi, Nabil Raja Lawak, Fahrin Ahmad, Maulana AF, Adira AF, Altimet, Elfira Loy, Vijay Emergency dan Jason T. Pemuda BN amat menghargai sokongan mereka dan aktivis siber pro-BN akan menyokong mereka di alam siber.

3. menyampaikan sumbangan sebanyak RM 50,000 sebagai insentif daripada Pemuda BN kepada aktivis siber yang menyumbang artikel, kartun, bahan-bahan multimedia kreatif seperti poster dan video yang menarik dan tersiar di portal BNYCT.

Akhir kata, sebagai Pengerusi Pemuda BN Malaysia, BNYCT akan menjadi salah satu daripada penggerak kepada kempen GEMPAK - Gerakan Menolak Pembohongan Pembangkang yang baru saya lancarkan semalam. 

Himpunan ini adalah salah satu gerak kerja Pergerakan Pemuda BN bagi membantu BN dalam PRU13 yang akan datang dan saya ingin merakamkan ucapan sejuta penghargaan dan terima kasih kepada para aktivis yang hadir hari ini.

Jadi, kepada sesiapa yang ingin dapatkan RM 50k nie, jadilah pengarang dengan penulisan yang terbaik dan pencipta kreatif bagi bahan media untuk Portal BNYCT...


Moh Kite Kelaut



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment