Thursday 7 March 2013

GEMPAR !! Berita Terbaru , Bandaraya IPOH Diserang !!!!

Aduh, berita yang baru diterima... Bandaraya Ipoh Diserang... Dipercayai kawasan yang diserang itu terletak di Dewan Toh Boh Keong, Jalan Kampar... Habis Kerusi meja bertaburan akibat serangan daripada orang ramai yang berebut ingin mengambil Baucar BR1M...

Penyerahan BR1M disempurnakan Oleh Y.Bhg Dato' Tong Fah Chong, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Ipoh Timor dan dibantu oleh Petugas UMNO Bahagian Ipoh Timor seramai 25 Orang Serta kakitangan Bank Simpanan Nasional Cawangan Perak. Sukarelawan yang menjalankan tugas dari pagi sangat Komited untuk membantu melicinkan pergerakan serta penyerahan kepada penerima. Hampir 3500 orang penerima akan mendapat baucar mereka pada hari ini dan dijangka akan hadir lebih ramai lagi sehingga petang ini.

Kerajaan yang Komited untuk membantu rakyat sahaja yang akan menunaikan janjinya.... Jadi, pastikan kita memilih Kerajaan yang akan menepati janji demi membantu rakyat...

Barisan Nasional, Janji Ditepati....

Moh Kita Kelaut...




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment