Monday 25 March 2013

PAS Semakin Terdesak

Inilah jadinya apabila riak dan bongkak serta takbur ada dalam diri... Selain tu,sikap pentingkan diri juga menjadikan hati semakin busuk... Akhirnya orang Kafir mula mengambil kesempatan.. Padahnya dengan sikap tamak kuasa ini, PAS sudi menjual perjuangan mereka dan Lambang Keramat Parti Mereka... Adakah ini yang diagung-agungkan oleh PAS, Parti Islam kononnya... Dimana kini perjuangan PAS??? Bersekonkol dengan Orang yang tidak mahukan Islam dan kini menerima mereka bertanding di atas tiket PAS???

Berikut Artikel Di Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Kesediaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang bertanding menggunakan lambang PAS menyebabkan Umno BN semakin hilang punca.

Jika sebelum ini, Umno BN sering menggunakan senjata perkaumannya meyerang Pakatan Rakyat khususnya dalam isu kebersamaan PAS dan DAP, namun dengan kenyataan terbaru Kit Siang itu membuatkan Umno mati akal.

"Umno cuba pecah belahkan Pakatan Rakyat dengan isu perkauman tapi bayangkan jika Lim Kit Siang bertanding dengan lambang PAS. Kita mahu tengok apa lagi hujah Umno untuk dimainkan. Umno hendak cakap apa lagi?

"Kalau pilih (lambang) PKR, ini biasa sebab KEADILAN parti berbilang kaum tapi pemilihan guna lambang PAS pasti beri kesan luar biasa," kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik KeadilanDaily.

Beliau berkata demikian dengan disambut tepukan gemuruh hampir 10,000 penduduk tempatan pada Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Melayu Majidee, Jphor Baharu malam tadi.

Kit Siang semalam membayangkan kesediaan itu jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatal pendaftaran DAP sekaligus menghalang parti itu bertanding PRU 13.

Ianya ekoran parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) akibat kesilapan pengiraan undi akhir tahun lalu.

PAS alu-alukan

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika mengulas perkara itu semalam mengalu-alukan cadangan Kit Siang itu.

"Jika berlaku pembatalan (DAP), PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13 dan melihat tindakan tersebut bermotif politik.

Pandangan sama turut dikongsi Saifuddin yang mempersoal kenapa ROS langsung tidak mengambil  tindakan terhadap Umno Kelantan berikutan tidak pernah mendaftar mengikut Akta Pertubuhan sejak 1987.

"Hampir 90 peratus ranting dan cawangan Umno Kelantan tidak pernah didaftar selepas diharamkan pada 1987 tapi tiada tindakan dari ROS kerana Umno parti pemerintah,"  kata Ahli Parlimen Machang itu.

Sumber : Harakah Daily

Kini terbukti perjuangan PAS bukan lagi seperti dahulu, sebaliknya Paksi Perjuangan PAS kini Ialah Kuasa...

Pengundi boleh menilai sendiri sekiranya Pembangkang menjadi Pemerintah, Ketamakan dan kerakusan mereka akan menjadikan Malaysia seperti Negara dunia ketiga... Mundur dan ketinggalan serta akan menyalahkan orang lain di atas kesilapan yang mereka cipta...

Moh Kita Kelaut



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment