Saturday 16 March 2013

PAS Lancarkan Perang Kepada PKR

Akibat perbalahan dan perebutan kerusi oleh PAS dan PKR, PAS hari ini melalui Harakahdaily telah melancarkan perang dengan mengeluarkan Artikel Tentang Gambar terbaru Anuwar bersama "Kekasih Gelap" nya... Artikel tersebut kemudiannya dikeluarkan oleh Editor Harakahdaily... Penarikan Artikel Tersebut mungkin diarahkan untuk tidak menunjukkan "Perang" diantara PAS dan PKR.

Pada hemat aku, PAS sebenarnya sudah muak mengikut telunjuk Anuwar.. Dari selepas Pilihanraya Ke 12 lagi, Kenyataan dan Keputusan PAS banyak dipengaruhi oleh Anuwar dimana dapat dilihat Kenyataan awal yang dikeluarkan kemudian akan di "U-TURN" semula selepas mendapat arahan Anuwar... Selain itu, perjuangan PAS sebelum ini untuk melahirkan Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan atas arahan Anuwar...

Menjelang PRU ke 13 pula, Api perbalahan tercetus akibat Pengagihan Kerusi diantara PAS dan PKR.. PAS menyuarakan keinginan untuk mendapatkan kerusi lebih daripada sebelum ini berikutan Kejayaan PAS mendapatkan kerusi Menteri Besar walaupun hanya memenangi 6 Kerusi... PKR yang ingin menunjukkan Kuasa Politik mereka pula tidak mahu berkompromi kerana ketamakan kuasa untuk menjadi wakil rakyat... Diantara Pemimpin-pemimpin PKR juga, mereka berebut untuk menjadi wakil rakyat dan perbalahan ini juga makin memuncak diantara mereka..

DAP yang paling selesa kerana kebanyakan Kerusi yang akan ditandingi ialah kerusi yang mempunyai Pengundi Cina yang Ramai... Jadi perbalahan diantara PAS dan PKR akan berterusan dan ini akan memustahilkan kerjasama diantara Dua Parti Pembangkang ini...

Jadi,dimanakah Kesepakatan Mereka yang menggelarkan mereka Pakatan Rakyat... Persoalannya ialah Rakyat Mana yang berpakat dengan Mereka ????

Pilihan yang tepat memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang selesa... Janganlah buat keputusan yang silap hanya untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dan terikut-ikut dengan fitnah dan berita palsu....


Sudahnya nanti....


Moh Kita Kelaut




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment